20120522

Dasar

Pasang laptop.

Cucuk broadband.

Bukak IE.

Log in Google.

Bukak blog.

Dengar lagu kat blog.

Cari bahan untuk subjek Sejarah.

Taip post blog.

Klik Publish.

20120510

Bukan Tak Sibuk

Dua menjak empat menjak ni, aku dah jarang jenguk blog ni. Aku bukannya apa, cuma tak ada masa la nak bukak blog ni. Sekarang ni aku sibuk sangat. Pagi belajar, malam kerja. Letih kot.

Aku ingat nak berhenti kerja, fokus study. Tapi kalau aku tak kerja, mana aku nak dapat duit kan? Malas la nak susahkan mak aku lagi. Lagipun bila beli barang guna duit hasil titik peluh sendiri, lagi puas rasanya. Siapa-siapa yang tak pernah rasa duit gaji sendiri tu, sila cari kerja cepat. Haha.

Tapi tu la, aku kadang-kadang rindu jugak nak taip post baru kat blog ni kerap-kerap pastu stalk blog orang lain. Hehe.

Aku tak tau nak tulis apa lagi. Dah, aku mengantok. Bye.