20121114

Intipati Cuti

Assalamualaikum dan selamat *pagi/petang/malam.

[ Sila gunakan kata-kata aluan dan ucapan selamat sebagai tanda kita berbudi bahasa. Seseorang rakyat Malaysia itu tidak digelar sebagai seseorang yang berbudi bahasa walaupun dia pandai menyanyikan lagu Budi Bahasa Budaya Kita. ]

Dah cuti, exam haritu entah apa yang aku jawab. Main-main. Tak baca buku. Bukan. Kurang baca buku. Hahaha. Entah sejak bila aku pandai baca buku sebelum exam. Sebelum ni aku memandang enteng ( betoi taktau? ) tentang hal-hal exam. Dasar pemalas. Tapi at least aku sedar diri. So jangan kata aku pemalas, sebab aku dah tau. Yang lebih teruk lagi, aku tau aku pemalas tapi aku tetap malas nak berubah jadi tak malas. Malas fikir. Malas jadi hipokrit. Malas berubah.

[ Ini adalah salah satu sikap yang kurang baik dan tidak patut dicontohi. Para pembaca diharapkan supaya tidak mengikut sikap penulis ini demi masa depan anda. ]

Hmm, cuti kali ni penuh dengan jadual yang padat dan ketat lagi sendat. Aku balik kerja kat kedai lama. Nampaknya, servis aku memang diperlukan di situ. Kedai tu kekurangan tenaga buruh ( geografi ). Mungkin aku agak kurang mesra pelanggan tapi aku cuba sehabis paksa untuk memastikan sale kedai naik mendadak demi peningkatan komisyen yang bakal aku terima. Hahaha. Memang aku gila duit. Duit yang aku dapat dengan usaha aku sendiri. Seronok bila dapat belanja diri sendiri, family & kawan-kawan dengan menggunakan duit yang kita dapat hasil daripada usaha kita sendiri. Bila aku belanja orang lain, aku rasa macam aku membawa kebahagiaan kepada orang tersebut.

[ Gila duit atau mata duitan adalah satu sikap yang tidak patut dijadikan sebagai pendirian hidup anda. Namun, jika anda gila duit yang anda dapat dengan usaha anda sendiri, itu adalah sikap yang amat bagus kerana anda tidak perlu mengemis daripada ibubapa mahupun rakan-rakan anda. Anda akan dianggap mempunyai kewangan yang kukuh dan akan disegani oleh kucing-kucing di belakang rumah anda yang suka mengemis sisa makanan daripada anda. ]

Cakap pasal kucing, aku...
Aku....
Aku rindu Abu.

[ Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, rindu ialah perasaan ingin benar akan sesuatu atau ber­jumpa dgn seseorang. Cuma di dalam konteks ini, penulis bukan merindukan seseorang, tetapi penulis merindukan seseekor. ]

[ Penulis telah hilang. Tadi dia menyatakan rasa laparnya kepada saya. Oh, siapa saya? Saya penulis yang kedua. Saya menyusul penulis pertama sekarang. Selamat tinggal. ]


* potong yang tidak berkenaan