20130311

Boifren

Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu pulang bagi pelajar-pelajar SMKJ. ( oh lupa, SMJ mana ada loceng )

Ehem ehem. Tukaq.

Jam sudah menunjukkan pukul 1:25 petang. Pelajar-pelajar 7A2 berkemas-kemas untuk pulang ke rumah masing-masing. Dan sudah menjadi satu kemestian, ketiga-tiga pelajar lelaki di barisan hadapan aku ini sudah lesap sebelum aku duga lagi. Pedulikan saja mereka. Aku masukkan buku-buku latihan yang masih tidak lunyai dek kemalasan aku untuk membeleknya sekerap watak-watak pelajar pintar dalam drama Melayu yang sering bergelimpangan di kaca televisyen. Rakan sepermainan di sebelah tempat duduk aku memberikan isyarat "selamat pulang, jumpa lagi esok" seperti biasa. Oleh kerana persahabatan kami awesome, aku mengerti isyarat itu lalu menjeling buat tidak tahu kepadanya. Yang menjadi fokus aku ketika itu hanyalah sesuatu yang berada di atas meja makan di rumah. Aku percepatkan langkah sambil menggalas beg di bahu. Ketika tiba di motor, kelihatan kegembiraan terpampang jelas pada wajah-wajah pelajar lelaki kelas aku sebentar tadi yang sedang menunggang motosikal mereka dengan bahagia menuju keluar dari pintu pagar sekolah. Serupa.. err, aku malas hendak berlaku jujur di sini. Bahaya jika mereka sentap.

Aku menungggang motosikal aku dengan wajah yang serius. Dengan harapan tiada jejaka tampan yang berani mengorat aku di persimpangan jalan mahupun di lampu isyarat. Ketika aku sedang asyik menunggang motosikal kesayangan aku itu, kelihatan beberapa orang gadis sedang menjual pisang goreng dan ubi goreng di tepi jalan. Gerai itu sudah hampir sangat dengan rumah aku. Dompet kata tidak tapi perut kata mahu. Desakan si perut yang kuat menyebabkan aku mengalah dan memberhentikan motosikal aku di sebelah gerai tersebut.

" Ubi, tiga ringggit. "

Selesai menghulurkan not kapitalis kepada gadis itu, aku memecut pulang ke rumah. Dalam perjalanan, sempat juga ku telan ubi itu sekeping dua. Sedap.

Aku masuk ke bilik mama dengan bungkusan ubi goreng di tangan. Aku hulurkan bungkusan tersebut kepada mama.

" Ma, makan. Orang buat kenduri sikit harini. " (kunyah ubi)
" Kenduri apa? " (muka eksaited gila)
" Kenduri, dapat boifren baru " (muka sekupang)

Sunyi.

" Mama nak kenai dia dak? Kalau nak orang nak bagi kenai. " (muka berlakon serius)
" Hmm " (muka boring)
" Tak caya sudah. " (keluaq bilik)

Aku menjadi bebal sedikit kerana lakonan aku tidak berjaya. Aku keliru sebenarnya. Entahkah beliau marah, entahkah beliau suka. Tapi yang pastinya, aku tipu. Yang lagi pasti, beliau tak tertipu. Sebab beliau awesome.

Aku pun masuk bilik, layan lagu. Bebal pun hilang.



*peduli apanya pengenalan panjang berjela tapi penutup pendek, tak kacau duit hang pun.