20120330

Wa Tak Stupid

Aku tengah main game. Handphone aku vibrate, mesej masuk.


RM0.00
Perhatian kepada 0195XXXXXX, anda diminta tebus BONUS Servis SMS Kandungan skrang! Sms ON GH dan secara berasingan ON FB ke 32339. Jgn abaikan. MX223228


Huh! Kalau abaikan apa jadi? Takutnya takutnya~
Dia ingat aku bod* macam dia kot. Macam la aku ni tak ada otak nak fikir mana logik mana dak. Tiba-tiba dapat bonus, hang nak telan kredit aku hang bagitau jalah. Haha. Aku padam mesej tu & sambung main game.


Lebih kurang 10 minit lepas tu, vibrate lagi.


RM0. RUL telah menjemput anda berbual dgnnya di MYCUPID. Balas skrg & tambah rakan baru anda! Teks MYCUPID ke 27773. SMS diterima adalah percuma.


Siapa Rul? Adakah itu nama singkatan bagi Baddrol? Uh, aku malas nak layan. Tak mungkin tu Baddrol, sebab aku dah rampas handphone dia kes dia asyik main game Angry Cat dalam phone tu sampai tak makan mi bandung yang aku buat. ( tipu )


Aku letak handphone atas katil, sambung main game. Ya, Tetris Battle.


* Jangan terperdaya...Tuzki Bunny Emoticon

20120327

Tak Single Tak Best

Aku terjaga pukul 8:45. Uhh, malas gila, kerja pukul 10:00. Turun katil, tak kemas dah, aku cuci muka pastu selongkar dapur. Sarapan - kek. Tak best makan kek pagi-pagi, kelazatan dia tak sama kalau makan time petang, bagi aku la. Lepas tu aku masuk bilik, termenung depan almari, fikir nak pakai baju apa. Tutup almari, ambik baju kat penyidai. Baju " I LOVE KOREA " warna putih aku campak atas katil. Zaman kegemilangan Korea dalam hidup aku dah tamat. Aku dah tak minat sejak-sejak Eun-Hyuk gaduh dengan aku kes aku tak bagi Yoon-A berlakon dalam MV Super Junior.


Parking motor, bukak kedai. Aku rasa sangat bergaya bila tolak pintu besi yang gulung naik atas tu. Nampak macam gangster masuk tempat penyimpanan senjata. Hahaha. (imaginasi tinggi) Bukak semua suis, lepas tu aku tengok TV dalam kedai. Bila ada orang lalu depan kedai, aku selalu doa bagi dia tak masuk, so aku tak payah susah-susah nak layan dia.


Petang. OTW balik dari gerai tempat aku lunch, ada orang panggil nama aku.




" Hazirah! "


Aku tengok belakang. Oh, kawan kakak aku.


" Result macam mana? "


" Err,  ... A ja. "


" Ok la tu, ni mai dengan sapa? Dengan pakwe haa?" sambil sengih-sengih.


" Uih, mana ada pakwe. Kerja kat sini."


" Ohh, kerja. Ingatkan mai dating tadi. Haha."


" Tak pa la, pi dulu, bye. " sambil senyum.


" Ok ok, bye. "




Masuk kedai, Cik Da dah sampai. Dia ganti tempat aku. Aku kerja separuh hari ja harini. Lepas check stok apa semua, aku balik. Sampai rumah, aku update UPU, lepas tu aku main Tetris. Lepas tu aku taip benda ni. Sekarang aku tengah menaip. Dan sekarang aku taip BYE.


* aku bahagia single Tuzki Bunny Emoticon

20120325

Hakikat

Hakikatnya, kerja aku agak membosankan. Tunggu customer sambil makan jagung, takpun wafer, kadang-kadang aiskrim. Jangan tanya apa-apa kalau aku nampak semakin gemuk. Ni semua salah kerja aku.


Hakikatnya, siling bilik aku ni bocor. Dah lama sangat, dari aku darjah 6 rasanya. Bila hujan, air meleleh, lebih tepat lagi mengalir laju bak air terjun ( tipu ) macam lanskap yang orang kaya pasang kat laman rumah tu. Sangat hebat. Air terjun dalam bilik. Hang ada?


Hakikatnya, result SPM aku cuma biasa-biasa. Sebabnya aku ni orang biasa. Haha. Sekurang-kurangnya tak ada subjek yang aku ambik tu gagal, semua lulus. Sebabnya aku ni orang lulus. Haha. Macam tu pun boleh?


Hakikatnya, aku ditikam dari belakang. Nasib baik tak sakit sebab aku pakai baju besi. Orang yang tikam aku tu ingat aku sakit so dia gelak sorang-sorang macam orang yang ada masalah mental. Tapi mungkin jugak la dia ada masalah mental sebab dia ada barah otak yang sekarang ni dah tahap ke-9. Lagi hebat dari air terjun dalam bilik aku, kan?


Hakikatnya, aku taip post ni sambil main Tetris kat Facebook. Aku jadi malas nak taip lagi sebab ada sorang mamat Korea ni dah kalahkan aku dengan 2 KO sampai aku habis energy nak main Tetris. Tak guna.


Hakikatnya, aku cari pengomen, bukan follower semata-mata.


* Haa! Kit Kat.. Tuzki Bunny Emoticon

20120322

Alasan Result SPM Sederhana/ Teruk

Hai ahli komplot, selamat pagi/ tengahari/ malam.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan billionan terima kasih kerana berat hati untuk membaca entri ini. Pengorbanan anda ragu-ragu untuk dihargai.

So, macam mana result SPM anda? Best? Ohh jangan la tanya result aku. Sesungguhnya result tu aku sengaja buat-buat lupa. Jangan tanya lagi. Aku buat-buat lupa.

Buat anda yang result SPMnya sederhana dan ke bawah, alasan-alasan berikut boleh digunapakai ketika ingin menjawab soalan-soalan dan kritikan-kritikan yang boleh mencederakan hati anda :

1. Islam menyuruh kita bersederhana, jangan berlebih-lebihan. Kalau dapat banyak sangat A, takut nanti jadi riak.

2. Kalau semua orang dapat result elok, takkan wujud pekerjaan kuli dalam dunia ni.

3. Lain orang lain kebolehan, dah takat tu ja yang mampu, nak buat macam mana.

4. Semua ni takdir, kita kena terima dengan hati terbuka, mungkin ada hikmah di sebalik result yang teruk ni, siapa tau kan?

5. Saja bagi peluang kat kawan, nak bagi dia femes sikit, sebab tu tak mau kutip A banyak-banyak.

Haa, itulah yang boleh aku kongsikan. Semoga tips-tips ini dapat membantu anda membanteras ahli-ahli komplot yang mencucuk hati anda. Sekian, aku nak pi makan kek. Jangan harap aku tak bagi.

* aku pasrah

20120320

Fiksyen

BenQ Siemens The Black Box milik Rouf menyanyikan lagu Twinkle Twinkle Little Star minta dijawab. Jari Rouf menenyeh skrin telefon itu lalu meletakkan ia di telinganya.

" Hello, ni Leona ke? "
" Bukan. "
" Habis kau siapa? Apasal handphone Leona leh ada kat kau? "
" Abang, silap nombor kot. "
" Kau tak payah nak berlakon dengan aku la! Kau bagitau aku sekarang, mana Leona! "
" Saya tak kenal Leona, saya cuma kenal Leon, singa peliharaan jiran saya. "
" Kau nak loyar buruk dengan aku pulak?! Kurang a.... "

Tuttt tutt tutt.......

Telefon dimatikan. Rouf menggeleng kepala tanda pasrah. Rouf cepat-cepat mencapai beg sandangnya lalu bertolak ke tempat kerja setelah menyedari dia sudah terlewat 2287 saat.

Pintu kedai berkunci.

" Sampai tak nak bagi aku masuk? Macam la aku sengaja datang lewat! Watdehel!! "

Rouf berjalan menuju ke sebuah pondok kecil di dalam mall itu. Dia duduk di hadapan seorang gadis @ pujaan hatinya @ pekerja di pondok tersebut lalu membaling sejambak senyuman.

" Kenapa Rouf datang? " Sambil mengemas kaunter pembayaran.
" Kerja la, tapi bos tutup pintu, takut kucing masuk. Dia lupa nak buka balik kot. "
" Laa, kan harini kedai tutup. Bos Rouf jual budu kat hospital hari ni, dia dah bagitau semalam kan? "
" Yeke? Tak kisah la. Jom, makan? " Muka penuh berharap.
" Kejap lagi la, ada customer ni. "

Rouf menjeling customer tersebut. Lelaki dalam lingkungan 40-an kelihatan seperti cuba mengorat pujaan hatinya. Dia mengambil mop di tandas lalu memukul kepala lelaki itu sehingga dia pengsan. Rouf membawa lelaki itu ke rumah jirannya lalu memasukkan lelaki tak sedar diri itu ke dalam mangkuk makanan Leon yang bercorak Friskies. Leon meratah lelaki itu dengan lahap sekali.

............................................................................................................................................

" Hey awak! "
" Huh..? " Sambil menggaru kepala yang gatal.
" Mengelamun apa tu? Ingat kat awek ke? " Ujar Nia sambil tersenyum.

Manis. Seperti rasa Milo ais yang selalu diambil secara diam-diam daripada rakan sekerjanya.

" Err, tak ada la. Jom makan. " Ujar Rouf setelah terlihat seorang kanak-kanak dalam lingkungan 4 tahun berlalu pergi dengan sebatang lolipop di tangannya.

20120317

Surat Buat Chaeta

Kaitan dengan Cinta Lohong Hidroterma 1 & Cinta Lohong Hidroterma 2

24 Februari 2009
03:27 AM


Ke belakang Chaeta yang jarang dirindui...


Lu tak payah nak terharu sangat la sebab dapat surat daripada gua. Sekarang lu apa khabar? Sihat tak? Kalau tak sihat lu kena makan ubat. Gua dengar lu dah dapat boyfriend baru, nama Tomo, betol ke? Suruh dia belikan ubat kat lu.


Gua rasa boring sebab tu gua tulis surat ni. Gua tak pasti la posmen boleh hantarkan surat ni kat lu ke tak. Gua ingat nak mesej lu kat FB je tapi FB gua dah kena hack dengan Acantho. Binatang tu memang nakal sikit. Gua ingat nak sembelih buat kenduri je tapi kalau dia tak ada gua nak pergi kerja naik apa.


Chaeta, lu tau tak, waktu gua sampai sini dulu, gua lekatkan gambar yang lu kasi tu kat peti ais 5 pintu yang gua letak dalam bathroom gua. Harap lu tak marah. Gua tak sedar bila masa gambar tu hilang tapi gua yakin gambar tu ada kat mana-mana.


Chaeta,


Malam tadi waktu gua pergi McD, gua nampak gambar yang gua kasi kat lu haritu kat pintu McD. Siap tulis WANTED lagi. Gua terpaksa pakai mask H1N1 lu tau tak? Apa yang lu dah buat ni? Bila masa lu datang sini? Lu jangan main-main kat sini, bahaya Chaeta. Lagipun, gua tak nak ada masalah dengan Tomo. Nanti apa pulak dia kata dah lu datang sini cari gua. Gua dah cakap kan, yang gua tak mungkin ada hubungan dengan lu. Gua anggap lu sebagai member jamming gua je kat sana dulu. Tolong la terima hakikat. Kita tak sama. Berapa kali gua nak ulang? Lu tolong jangan buat gua bengang, gua tak suka.


Gua tak nak minta maaf kalau cara gua tulis surat ni menyakitkan hati lu. Gua memang macam ni sebab gua tak nak ada awek minat kat gua. Gua dah jumpa awek yang gua minat kat sini. Awek tu kerja kat kiosk tempat gua kerja. Gua nak belajar jadi setia pada yang satu. Gua tak nak bagitau lu siapa perempuan tu sebab gua tau lu ni jenis suka serang-serang pakai kayu chopstik. Lu dah ada Tomo, so jangan cari gua lagi. Kalau nak jamming boleh, tapi hal hati dan perasaan lu sila mengadu kat bulan macam yang Yuna buat. Lu kenal Yuna tak? Tak kenal sudah.


Hmm, setakat ni jelah yang gua larat tulis. Gua takut apa yang gua tulis ni sia-sia sebab gua pun tak pasti lu dah terer ABC ke tak. Lu jaga diri bebaik. Kirim salam kat Tomo. Gua nak pergi amik gambar gua kat pintu McD ni. Bye.


- ZafOhsem -

20120315

Itu Ini

" Macam mana kerja? "

" Okey. "

" Gaji berapa? "

" Ntah. "

" Hmm, takkan tak tau? "

" Dak. "

" Susah dak kerja dia? "

" Besa ja. "

" Hmm.. "

" ... "

Jangan tanya aku pasal kerja boleh dak? Boring tau dak?
Jangan tanya aku pasal tarikh result boleh dak? Takut tau dak?
Jangan tanya aku pasal status relationship boleh dak? Tak suka tau dak?
Jangan tanya aku pasal berat badan aku boleh dak? Aku tak mampu jawab tau dak?
Jangan tanya aku pasal band Korea boleh dak? Aku dah tak minat tau dak?
Jangan tanya aku pasal post ni boleh dak? Aku tak tau tau dak?

Sorry banyak bunyi pulak. Aku suka kerja aku tapi aku tak suka. Erk?! Lantak la.

Dengan muka berkerut seribu,
" Adik, krim ni memang berkesan ka, kulit jadi elok ka kalau pakai krim ni? "

Dengan muka selamba,
" Sebenaqnya pakai krim apa pun elok asalkan rajin pakai tiap-tiap hari. "

Dengan muka blur (ok, muka bengang) lepas tu blah,
" Oh, tak pa la, terima kasih. "

Aku silap cakap ka? Abaikan, lepas tu aku makan coklat M&M sambil usha monyet kat tingkat bawah.

Manusia sebenarnya, tapi aku terpaksa panggil monyet sebab aku tak mau berkomplot dengan manusia macam tu.

* Kerja apa yang tak susah? Tuzki Bunny Emoticon

20120312

Ouh Yeah~

Hai manusia sekalian alam. Kita bertemu lagi di skrin laptop/komputer.

Tajuk post ini perlu dibaca dengan kedua-dua tangan diangkat ke atas seperti sedang lemas di dalam loji kumbahan sambil mulut terbuka seperti sedang ketawa di samping mata terpejam seperti sedang bersin. Try la buat tengok.

Sudah-sudah, anda nampak pelik dengan wajah itu, haha.

Ouh yeah aku dah dapat kerja. Haha. Aku rasa post aku tak menarik bila sebut pasal kerja. Tukar topik.

Keluar dengan Ida lagi, beli baju kononnya. Jumpa Nad kat kedai wafer. Motif aku satu ja, aiskrim free. Malangnya dia cakap dia tak ada duit, so aku dipaksa guna duit aku sendiri. Lepas jalan-jalan dalam tu, aku bosan & Ida juga merasakan benda yang sama. Kami balik & OTW tu kami singgah gerai apom balik. Waktu aku tengah tunggu apom balik masak, tiba-tiba hujan turun. Oh, sejarah sudah berulang. Ni dah kali kedua aku ngan Ida terpaksa lari masuk bawah khemah gerai tu, dah la kecik. Aku berdiri belakang abang yang buat apom balik tu. Aku terperasan yang abang tu rendah, macam bini dia jugak. Padan la, sweet gitu. Hehe.

Yang paling tak boleh blah, lembu-lembu yang tengah makan rumput kat seberang jalan tu tiba-tiba mai kat gerai ni, macam haritu jugak. Ada seekor tu usha aku macam tak puas hati. Aku jeling dia. Dia buat kurang ajar dengan memasukkan lidah ke dalam hidung. Ceh! Dia rasa bangga kot boleh buat macam tu. Aku ingat nak naik lembu tu balik rumah tapi dah dia sombong dengan aku so aku batalkan niat aku tu.

Lepas balik tu aku ingat nak santai-santai dalam rumah. Aku main dengan kucing aku, Pain. Nanti aku letak gambar dia kat sini. Lepas aku boring, aku halau dia keluar sebab dia tinggalkan air mulut dia kat keychain handphone aku. Anda tahu kan air mulut tu apa? Puih! Haa, yang itulah.

Lepas tutup pintu, aku tengok mak aku tengah tengok TV. Kartun. Sambil gelak-gelak. Aku bingung. Cerita pasal seekor singa yang membesar dalam puak-puak kambing. So bila serigala mai nak makan kambing, dia pun jadi takut macam kambing. Macam tu pun ada?

Macam-macam la hidup ni.

* Aku rasa Pain gay.......... Crazy Emoticons

20120309

Jitra - Tapah - Ipoh - Sungai Petani - Kepala Batas - Jitra

Haha, sorry tajuk panjang. Ok aku tak patut buat macam ni, tak patut mintak maaf sebab ni blog aku dan aku berhak melakukan apa saja. Anda tak mampu mengubahnya.

Hari ini saya pergi melancong di sesetengah kawasan dalam Semenanjung Malaysia untuk sepanjang hari. Ianya sangat menyeronokkan walaupun saya keletihan.

Ok aku tak mau buat macam karangan BM. Aku pi ambik adik aku sebenarnya kat Tapah. Malas nak cerita pasal perjalanan tu, boring. Aku rasa tertipu tengok jalan tar yang orang cakap hitam tapi sebenarnya kelabu gelap, jeles tengok kereta-kereta mahal yang selalu potong Waja mak aku & aku fed up tengok papan iklan cat San Cora sepanjang highway tu.

Iklan cat letak model orang perempuan pakai seksi, apa motif? Abaikan.

Dan bila aku terpaksa duduk dalam kereta untuk jangka masa yang lama, penyakit aku datang. Penyakit ni jarang ditemui, dizziness then eating disease. Pernah dengar? Tak pernah? Sila fikir sendiri dan cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan anda akan faham. Harap maklum.

So mak aku yang begitu memahami aku pun berhenti kat R&R. Kat Sungai Perak kalau tak silap.
Kami makan mi kari yang kononnya sedap sangat tu tapi bagi aku & mak aku mi tu biasa ja. Tiba-tiba pandangan aku terhinggap kat dalam satu kedai ni. Benda ni dah lama aku tak jumpa, hati aku berbisik-bisik mahukan ia. Hati aku memberontak. Aku dah dekat 10 tahun kot tak beli benda tu. Nak tau tak benda apa?

Jeng jeng!!



Hahahaha. Last aku makan binatang ni time tadika dulu kot. Aku beli 3, aku dua & aku simpan tuk adik aku 1. Dah mahal benda ni sekarang, RM1.50. Gila.

Lepas tu kami jemput adik aku then singgah Ipoh untuk sembahyang lepas tu singgah Pantai Merdeka makan mi udang lastly balik. Ok memang ending laju, sebab klimaks cerita ni ialah NyamNyam. Tak puas hati boleh tumbuk dinding. Bye.


* Pernah nampak iklan Zhulian x? "Ulangtahun yang ke-50 pada tahun 2039" Tahan lama sikit papan iklan tu, jimat duit, kan?
 Crazy Emoticons

20120305

HewHew~

Hai dunia, kita bertemu lagi. (sekadar pembuka kata)

Ok, masuk topik. Aku sebenarnya tak ada niat nak mengutuk siapa-siapa, tapi kalau terasa anda boleh ambil saja sebab aku tak akan kenakan sebarang bayaran. Sedekah kan dapat pahala.

Baru-baru ni aku tengok ramai guna perkataan ni "hewhew". So aku pun nak guna untuk entri kali ni. Siap jadi title lagi, jangan main-main. Ini serius. Hewhew~

Tak tau la anda perasan atau tidak, di FB sekarang ramai yang letak syarat kalau kita nak add mereka-mereka ni sebagai kawan. Contoh:

1. jangan add akuw kalau korunk just nak ushar pic akuw n then unfriend, hewhew~
(orang macam ni bagi aku tersangatlah perasan, macam dia tu hensem/lawa sangat)

2. akuw takkan approve korunk kalau korunk letak pic kartun or pic orang lain utk profile picture korunk, hewhew~
(kalau orang yang nak add dia tu tak ada kamera tak boleh kawan la?)

3. kalaw darh add akuw tue jangan larh combonk2 ngn akuw ok sbb akuw tak combonk, hewhew~
(brain hang tak sombong! kalau tak sombong takkan letak syarat kot)

4. spew2 yang nak jady friend akuw IM aku taw sbb akuw nie malas nak ushar friend request, hewhew~
(lagi satu syarat yang membuatkan dia nampak sangat perasan and bajet femes)

5. akuw tak sukew kalaw korunk just add akuw sebab nak tambahkan friends korunk kat FB, hewhew~
(macam dia tak pernah buat awal-awal ada FB dulu)

6. akuw takkan approve orang yang akuw ta kenal, hewhew~
  (tak approve orang yang dia tak kenal tapi friend kat list dia sampai 3,000, kenal semua ka?)

Tak payah la nak letak syarat apa semua sebab sesetengah orang kecik hati bila baca syarat-syarat tu. Tak kurang jugak yang menyampah. Silap haribulan FB kena hack tak pasal-pasal ja. Bila timbul perasaan-perasaan yang negatif ni kan boleh mencederakan hubungan silaturrahim. Tak molek la gitu. Hewhew~
*approve request orang yang kelihatan waras & ada ramai mutual friends, hewhew~ Crazy Emoticons

20120303

Aku Nak! Aku Nak!

Sesuatu yang amat menakutkan muncul kat skrin aku bila aku bukak page IRise : The Chronologies di FB tadi. Nota maut bagi aku....


FYI, Setakat ini team kami sudah dapat lebih kurang 50 pre order. So as for now only 250 units still available.

Diingatkan, IFall hanya akan dicetak semula pada December 2012.
First come first serve!

(Aku bayangkan admin tu cakap kat aku sambil memandang aku dengan pandangan yang sinis. Jebon!)


Tidak!!! Tak mungkin! Dalam masa 2 hari dah 50 orang order. Aku takut aku tak sempat. Ohh aku sangat kiciwa! Aku nak sangat-sangat buku tu. Harap-harap aku sempat order. Huh!
Oit kamu! Ya anda, tiada yang lain lagi. Kalau anda yang sedang membaca ni pun rasa tertarik dengan buku tu, anda dilarang membelinya selagi saya tidak membelinya terlebih dahulu. Hahaha! Sekian.

Ada lagi satu buku, Batu Ketiga Dari Matahari - Cerita Fiksyen Dari Lapan Homosapiens. Aku nak buku tu jugak tapi bajet lari. Siapa-siapa tolong belikan kat aku buat hadiah birthday please? (Awie..ku seru namamu~hehe..)
* Dush! (tumbuk dinding) BEBAL!! Crazy Emoticons

20120301

SMS Berantai

Aku stalk FB orang yang penah aku minat waktu Form 3.
Aku ternampak handphone atas katil.
Aku ambik.
Aku unlock keypad.
Ada 3 SMS.
Aku bukak SMS.
3 orang yang berlainan.
3 SMS yang sama.

Ya Allah, Kau berikanlah dia keputusan yang terbaik untuk SPM 2011 pada 22.03.2012.. Sesungguhnya Engkau Maha Pemurah. Setidak-tidaknya Kau berikanlah dia apa yang diingini & mampu membuat kedua-dua ibu bapanya tersenyum ya Allah dan janganlah Kau berikan kegagalan.
Sebarkan mesej ini kepada 10 orang rakan. Jangan menyesal sekiranya awak gagal dalam exam coz awak tak foward mesej ni pada orang lain supaya awak juga didoakan oleh mereka.

Jangan menyesal sekiranya awak gagal dalam exam coz awak tak foward mesej ni.

Aku bengang. Aku tak salahkan member aku. Aku tau ramai member aku masih tak tau yang semua tu cuma propaganda syarikat telekomunikasi nak kaut untung. Benda yang baik dan buruk tu semua Qada' dan Qadar dari Allah kan? Kalau aku gagal pun tu takdir la jebon. Kalau mesej tu stop sebelum ayat Sebarkan mesej... tu mungkin aku boleh terima lagi. Ni apa kes main gagal-gagal? Aku tak paham. Tak logik kot. Contoh:

Orang yang baca mesej tu:
- Tak ada kredit sampai result SPM keluar
- Phone hilang lepas dia topup utk forwardkan SMS tu
- Tiba-tiba jatuh Fixie then koma sebulan
- Terbaca kat inbox member time nak curi no. awek dan dia tak ada phone
- Seorang loner yang tak ada member langsung melainkan katak utk diforwardkan mesej tu

Insan-insan kat atas ni semua akan gagal SPM. Hahaha. Padan muka. Nasib hang!

Macam tu? So, logik atau tak logik? Jawapan di otak anda.

* Hukum SMS berantai? Klik sini. Crazy Emoticons