20130422

Dendam Bakaq

Bakaq ialah seorang pelajar di SMK Jibun. Dia merupakan lelaki yang tinggi, berbadan taff, kacak, berkulit cerah dan pintar. Bakaq tinggal di Kampung Keralutong di mana kampung itu amat jauh dari bandar Jibun yang menempatkan sekolahnya. Dan for sure lah, Bakaq tinggal di asrama kerana jarak antara rumah dan sekolahnya yang jauh gila bapak. 

Asrama SMK Jibun agak haunted menyebabkan Bakaq menangis serupa pondan ketika dia pertama kali menjejakkan kaki ke situ. Masa tu Bakaq cuma pelajar Tingkatan Satu dan tangisan pondannya itu dilihat oleh abam-abam senior yang bajet gangster. Kebetulan pula, Bakaq ditempatkan sebilik dengan abam-abam senior bajet gangster yang cuma tua setahun daripadanya itu. 

"Nama aku Grey. Orang panggil aku Grey Dogshit. ( Kelabu Tahianjing )". Abam senior memperkenalkan diri kepada Bakaq.

Bakaq mula tak sedap hati bila Grey usap-usap bahunya sambil berkata

"Abang letih, adik tolong basuh uniform abang boleh?" 

Walaupun Bakaq mempunyai badan yang taff gila dan wajah yang sumpah tak tipu kacak habis, dia sebenarnya seorang yang pengecut.

Sejak itu, Bakaq menjadi sasaran Grey & The Handwriting untuk dibuli. Bakaq hidup dalam ketakutan. Macam-macam yang Grey paksa Bakaq buat. Cuci baju, kemas katil, buat kerja sekolah hinggalah perkara-perkara yang tak logik. Grey paksa Bakaq buat benda-benda yang tak masuk akal semata-mata nak hiburkan dirinya sendiri. Grey memang setan. 

Pernah satu kali tu, Grey sakit kepala sebab makcik janda kantin merangkap aweknya mintak putus. Dia pun telan lah Penedol. Lepas Grey telan Penedol tu, dia rasa bengang. Malang betul nasib Bakaq sebab kebetulan dia melintas depan katil Grey masa tu. Grey panggil Bakaq, capai baki Penedol yang tinggal dua biji, hulur kat Bakaq. 

"Aku nak hang kemam ubat ni sampai habis".

Belum sempat Bakaq cakap apa-apa, Grey dah sumbat Penedol tu dalam mulut dia. Bakaq kemam sambil menangis. Ya, tangisan pondan. Tapi bagi Bakaq, benda tu cuma small matter. Peristiwa tujuh minit selepas dia kemam ubat tu lebih menakutkan. Grey & The Handwriting paksa Bakaq buat Gangnam. Bakaq buat sambil menangis. Video Gangnam Bakaq tersebar luas di laman Yutiub. 

Lepas peristiwa tu, Bakaq betul-betul berubah. Dia jadi lebih setan daripada Grey. Semuanya bermula bila Bakaq dah jadi senior. Bakaq mula kumpul geng. Dia dipengaruhi kuat oleh tagline Grey. Begitu juga dengan nama kumpulan bajet gangster Grey.

"Nama aku Bakaq. Orang panggil aku Bakaq Sateayam." 

Nama kumpulan Bakaq pula ialah Bakaq & The Maikrowev. Dasar kaki plagiat. Bakaq bukan macam Grey yang buli junior sorang dua. Dia ni jenis buli secara berjemaah. Sebilik dua sekali dia bantai. 

Pernah sekali, anak kucing yang Bakaq bela mati. Tak ada sesiapa pun yang berani mengaku bunuh kucing tu. Bakaq naik angin. Dia paksa bebudak junior buat CPR kat bangkai anak kucing. Bebudak junior mengeluh, tak kurang juga yang menangis macam pondan. 

Terbaru, enam hari lepas. Macam Grey, Bakaq kiciwa putus chenta. Dia mula cari akal nak hiburkan diri sendiri. Dia paksa bebudak junior beratur di koridor asrama buat Gwiyomi secara berjemaah. Ahli-ahli The Maikrowev rakam masuk Yutiub. Kebetulan pulak warden lalu. Tunggu bapak lagi, Bakaq kena teruk lah malam tu. Junior pun kepoh repot memacam pasal dia. Tangisan pondan Bakaq terkeluar jua malam tu selepas kena tibai dengan warden. Tak sakit pun, cuma dia yang mengada-ngada. Ahli-ahli The Maikrowev tak sangka Bakaq sepondan itu lalu mereka memutuskan untuk meminggirkan Bakaq.

Bakaq yang tinggi, berbadan taff, berkulit cerah dan pintar yang pengecut itu melarikan diri dari sekolah dengan sekeping nota. Di nota itu tertulis

 Ada biskut kering bawah katil sebagai tanda maaf Bakaq kepada you olls. Take care ye? XOXO".

Selepas itu, Bakaq tidak dapat dikesan lagi. Ibu Bakaq sedih sangat sebab untuk trial SPM, dia dapat 24A+. Bakaq kan awesome. Sampai lah satu hari, masa ibu Bakaq tengah shake S3 Mini beliau dalam WiChet, tetiba ada sorang mamat ni greet beliau. Rupa-rupanya tu Bakaq. Dia dah berjaya, kerja sebagai pengeksport terbesar arang dunia. Nama pun dah tukar jadi Burn. Klise.

Dia pun belikan rumah teres empat tingkat untuk ibunya, lalu mereka hidup bahagia hingga ke akhir hayat. 

 -Tamat-

20130404

Semuanya Sama

Terjatuh sehelai kertas bewarna hijau ke atas lantai ketika Lya sedang menarik keluar diari pemberian arwah ayahnya yang sudah sekian lama tidak tercuit. Niat awal Lya yang sebelum itu adalah untuk mencontengkan perasaannya dalam diari merah jambu itu, lantas dibatalkan. Kertas hijau dikutip dari lantai. Sedikit lukisan di muka depan ditatap sekilas lalu, Lya tersenyum sendiri. Buka, baca ayat di dalam. Tersenyum lagi. Sinis.

Kertas hijau diselitkan ke dalam diari. Diari disimpan kembali ke dalam rak buku tanpa sebarang perubahan dalam isi kandungannya. Tetap sama. Seperti perasaannya terhadap Tim juga, sama.