20120228

Hanya Isma

Line Maxis dan Celcom berperang dingin pagi tadi. Kawan aku - pengguna Celcom tak dapat mesej daripada aku - pengguna Maxis yang cool. Aku rasa ni angkara Digi yang batu api. Ok abaikan semua ni.

Aku dan Ida di atas motor masa tu apabila tiba-tiba muncul sebuah lori dengan seorang pak cik tua yang bajet hensem mengenyit mata kepada kami. Aku dan Ida cuba menahan isi perut daripada terkeluar tetapi malangnya kami berjaya. Ok abaikan.

Kami masuk ke dalam bangunan yang aku tak pasti berapa tingkat itu. Yang aku pasti hanyalah namanya iaitu Wisma Persekutuan. Aku bercadang untuk memanggilnya Isma sebagai nama gelaran. Nama yang sangat cun. Terdapat gerai menjual baju kurung dan tudung di dalam Isma. Aku bingung. Abaikan.

Ida menekan punat yang bertanda A dan mesin itu mengeluarkan sehelai kertas. Nombor giliran aku. Terdapat banyak kerusi kosong di situ. Aku bercadang untuk bergolek-golek di situ malangnya terdapat seorang pak guard Isma yang sedang mengusha kami. Aku terpaksa batalkan niat suci murni aku itu. Abaikan sekali lagi.

Perut lapar. Kami berjalan menuju ke kafeteria Isma. Terdapat banyak makanan yang membantutkan selera aku. Akhirnya aku dan Ida memilih untuk memakan mi goreng sahaja. Tambah sebiji telur goreng dan air horlick ais buat aku. Setelah kenyang, kami pulang. Habis. Abaikan.

" Wey, hang perasan dak? "

" Apa? "

" Yang kita guna ni bukan pinggan, ni piring la. Untuk isi kuih tu. "

" Abaikan. "

" Buat malu kat orang ja. Aku tak perasan pun ada pinggan tadi. "

" Ni demi kebaikan pemilik kafeteria ni jugak. Piring tak guna banyak air kalau nak basuh. Jimat. "

" ... "

* Lesen kereta pulak.Crazy Emoticons

20120227

Cinta Lohong Hidroterma 2

Zaf yang keletihan berbaring di atas pasir.

" Wah.. Akhirnya sampai gak gua kat sini. Tak ubah langsung tempat ni. "

Perut berbunyi.

" Baik gua balik hentam nasik dulu. Dah lama gua tak makan nasik. Eh Fixie sape lak ni main tinggal kat sini. Gua cukup tak suka dengan basikal bajet hot ni. Huh! "

8 minit kemudian.

" Hey abang hensem. Gua dah balik ni. Gua bawak hadiah untuk lu. Ambik ni. "

" Erk Tuan dah balik? Mana Tuan dapat Fixie ni? Aston Martin Virage Volante yang Tuan beli kat saya 3 tahun lepas masih elok lagi. "

" Diam. Lu bawak Fixie ni pegi rumah awek yang lu minat tu. Awek sekarang minat basikal bajet hot ni. Gua pun tak paham kenapa. "

" Tapi saya nak pegi KFC. Dah 3 tahun saya tak makan KFC. "

" Ayat tipu lu tak berkesan kat gua. Dah, bawak awek yang lu minat tu sekali. Lu jangan lupa beli kentang putar kat Acantho gua. "

" Ok Tuan. "

*
*
*

" Mak!! Zaf dah balik ni! Mak masak pe harini? "

" Zaf? Awal balik? Cakap nak tinggal kat sana 2 tahun lagi? "

" Boring la mak. Lagipun Zaf rindu kat Acantho. Mana nasik? "

" Zaf tak takut Cikgu Batman cari Zaf ke? Haritu dia datang rumah kita tuntut kucing dia. "

" Mak, abaikan dia. Tu bukan kucing. Mak pun tau tu anak penguin kan? Zaf dah hantar anak penguin tu pegi kutub utara sebelum Zaf jatuh kat sana. Mana nasik? "

" Mak tak masak harini. Tadi mak pegi makan KFC ngan pak guard. Dia cakap dah 6 tahun dia tak makan KFC. "

" Tergamak mak biarkan diri mak ditipu? Takpe la, Zaf pegi makan kat mamak je la kalau camni. Mak, ni Zaf nak tunjuk gambar member jamming Zaf kat sana. Tengok ni, comel kan? "

" Zaf.. Gambar apa ni? "

" Member Zaf kat sana la mak. Nama dia Chaeta. Dia drummer paling cool kat sana. Dah la, Zaf nak pegi mamak dengan Acantho ni. Bye. "

" Erk.. Zaf ok tak ni? "

" Ok je. Acantho!! Let's go bebeh! "

Gambaran artis tentang Acanthopholis.
Acantho, comel kan?




* Gambar Chaeta tidak disertakan ia terlampau comel.(bagi Zaf)
Kalau nak tau jugak, search lohong hidroterma di Google. Sekian.

20120225

Cinta Lohong Hidroterma 1

Dalam kegelapan yang sedikit cerah, Chaeta sedang menangis.

" Tapi kenapa mesti sekarang, kenapa tak dari dulu?"

" Dulu gua tak ada keyakinan nak bagitau lu semua ni.. "

" Tapi kita dah bersama hampir 3 tahun, sampai hati Zaf buat Chaeta macam ni, Chaeta sayang Zaf tau tak? "

" Itu gua tau Chaeta, tapi dunia kita tak sama, gua tak patut lari datang sini dulu. "

" Zaf memang ditakdirkan untuk bersama dengan Chaeta sebab tu 3 tahun lepas Zaf datang sini. "

" Tak tak, dulu gua bukan sengaja datang sini. Gua ada sebab."

" Sebab apa Zaf? "

" Guru disiplin kejar gua sampai gua terjatuh kat sini. "

" Kenapa dia kejar Zaf? "

" Sebab gua curik anak kucing dia. "

" Err, tak kisah la. Tapi please Zaf, jangan tinggalkan Chaeta. "

" Tak boleh, gua terpaksa balik tempat asal gua. Mak gua rindu gua. Dah lama gua tinggal dia kat sana. Mak gua mesti sedih sebab tak ada orang nak habiskan duit dia. "

" Tapi Zaf, macam mana dengan Chaeta, macam mana dengan hubungan kita? "

" Chaeta, gua ngan lu tak ada apa-apa hubungan pun. Gua anggap lu teman jamming gua je kat sini, gua harap lu paham. Kita tak sama, ramai lagi yang nakkan lu dan lebih layak untuk lu kat sini. "

" Ok lah, kalau tu keputusan Zaf. Tapi Chaeta tak mungkin lupakan Zaf. Chaeta tak pernah jumpa manusia macam Zaf. Chaeta harap Zaf bahagia bila sampai sana nanti. "

" Terima kasih Chaeta sebab paham apa yang gua nak. "

" Hmm, tapi sebelum Zaf balik sana, ambik la gambar Chaeta ni sebagai kenangan. "

" Ok. Nah, Chaeta ambik la jugak gambar gua buat kenangan. Nanti tunjuk kat boyfriend baru lu. Tapi gua rasa mesti semua kat sini dah kenal gua. Gua kan femes kat sini. Hahaha. "

" Hmm. Ok. "

" Gua pergi dulu, nanti gua nak tunjuk gambar lu kat mak gua. Lu jaga diri bebaik. Ok, bye. "

" Bye......... "


* Bersambung...

20120224

About I Am Malaysian Cool Blogger

Oh hai. (sebagai pembuka kata sahaja)
Contest I Am Malaysian Cool Blogger ni datang dari otak Cik Khairina Hairuddin yang comel.
Oleh sebab aku rasa aku amat cool, so aku decide nak masuk contest ni.
Anda juga patut menyertainya jika anda seorang blogger yang cool.
Kalau tak cukup cool pun anda patut join jugak. (paksa rela)

Ni banner tuk contest tu. Klik sebab anda disunatkan join. Haha.



Cara-cara untuk join contest :


Like Fanpages Blog khairina. ' When the Sun goes down ' (wajib)

Follow blog Khairina Hairuddin (suka hati anda)

Click Churp Churp khairina dekat sidebar, kesemua. (Wajib)

Buat satu entry.

Anda hanya perlu letak banner yang dirrect link ke contest ini

Tag tiga orang rakan anda, pastikan mereka tahu.

Sudah siap ? Berikan link post di comment entry ini.

Pemilihan Pemenang :

Blog yang cool .

Blog yang tak serabut.

Blog yang ringan gila :P

Hadiah :

First Winner:

=Top up RM 5
=Handphone Case & Handphone Strap
=Keychain
=Inner Neck & Brooch
=Doodle

Second Winner:

=Handphone case
=Keychain
=Brooch flower & Shawl Dior
=Doodle
=Top up RM 5

Third Winner:

=Handphone strap
=Brooch flower
=Purse
=Doodle

A note :

1.Kalau penyertaan kurang daripada 10, secara automatik contest akan dibatalkan --'
2.Kalau nak copy entry ni, hightlight perkataan yang nak copy and then click Ctrl+C serentak.

Di sini aku ingin tag:







* aku nak topup RM 5 tu~ Crazy Emoticons

20120223

Try This At Home

Hai manusia. Hari ni aku nak kongsi tips sikit. Tapi rasanya tips ni tak berapa nak berguna buat sesetengah orang terutamanya lelaki. Aku nak kongsi tips macam mana nak elakkan pedih mata time tumbuk bawang. Aku baru dapat idea ni time aku tolong tok aku masak tengahari tadi.

Mula- mula sebelum tumbuk bawang tu, masukkan la dulu bawang dalam lesung batu.
Ok pastu anda kena pastikan nasik belum dimasak dan pastikan periuk nasik tidak digunakan.

Apa kena -mengena??

Haa.. Ni la rahsianya. Ambil penutup periuk nasik tersebut dan jadikan ia sebagai perisai. Lindung lesung batu dengan memastikan pemegang periuk nasik tu menghadap badan anda. Kemudian anda tumbuk la bawang tu sesuka hati anda. Paham? Kalau tak paham itu takdir anda.

Serius, mata anda memang tidak akan pedih dan anda akan kelihatan amat cool jika memegang penutup periuk nasik sebagai perisai. Sekian.

* Kongsi tips ni dengan orang tersayang, kbai. Crazy Emoticons

20120222

Pagi Buta

Hai dunia. Sekarang sudah pukul 3:00 pagi dan aku masih belum tidur.
Tapi tak apa sebab aku dah on the way nak tidur.

Harap maaf, tapi nampaknya music player yang aku baru tambah tu tidak disediakan button untuk Pause.

Jadi anda hanya mempunyai dua pilihan:-

# Layan saja lagu tersebut
ataupun
# Klik button Mute pada Volume di komputer anda

* Selamat pagi, kbai.
-----> Ok aku dah menukar music player yang baru, sekian.

20120221

Aku Dan Abu

Dari mula lagi, aku tak berapa nak suka dengan Abu. Bagi aku dia agak annoying, tak macam abang dia. Aku lagi suka abang dia daripada dia. Bukan lagi suka tapi memang suka. Abu ni macam menyemak dalam hidup aku. Aku selalu abaikan dia tapi aku layan abang dia macam kami ni pasangan kapel. Tiap-tiap hari Abu buat benda yang sama walaupun dia tau aku rasa terganggu.

Bila dia datang dekat dengan aku,
" Hang pi main jauh-jauh boleh dak?"

Bila dia nak bergurau dengan aku,
" Ish! Hang ni penyibuk la! "

Bila dia mintak makanan sebab lapar,
" Makan ja kerja hang, kalau lapaq sangat hang pi ambik sendiri la makanan hang! "

Walaupun dia tau aku tak suka dia tapi dia tetap ulang benda yang sama sampai satu hari tu abang dia hilang macam tu ja. Lost. Tapi dia still dekat dengan aku. Dan aku pun mula rapat dengan dia. Dia teman aku bila aku sunyi. Dia buat aku senyum bila aku tension. Aku jadi sayang kat dia. Tapi tak lama.

Pagi tu, mak aku gerak suruh tengok Abu. Aku keluar rumah cari Abu. Aku nampak Abu atas jalan, dia kena langgar. Aku lari pi kat dia, waktu tu dia hidup lagi. Kepala dia ada darah. Aku cuci darah tu n aku perasan sesuatu. Darah tu bukan sebab luka tapi darah tu keluar dari telinga dia. Abu jadi macam koma, tak sedarkan diri. Aku menangis.

Dua malam aku jaga dia. Hari dia mati tu, aku ingatkan dia dah semakin okey. Dia dah jaga petang tu, n dia angkat kepala. Aku rasa happy sangat waktu tu. Tapi bila senja, aku tengok dia dah tercungap-cungap. Lepas aku solat maghrib, aku tengok dia n dia dah mati. Maafkan aku, Abu.


Abu



Pagi Abu kena langgar.



Malam Abu kena langgar.


Petang hari Abu mati.


Aku sayang Abu. Aku rindu Abu.


* Kamu, mintak tisu satu......

20120219

Tentang Bagak


Nama penyanyi ni Haziq ( teringat sepupu aku..==" )
Dia ada band - Statik.

Lagu ni aku dengar 10 kali pun tak jemu.
Kalau 11 kali aku tak sure la pulak..
Hahaha..

* Cukup, aku nak berhibernasi, bai!

20120217

outing !

Oh hai. Aku tengah menaip ka?
Oh ok2. Sori tengah makan NIPS ni.
(letak NIPS kat tepi)

Pagi rabu haritu aku ajak Nad ngn KT p joging kat tasik. Ok x joging pun cuma jalan keliling tasik tu sambil mengorek sejarah kegemilangan kami kat sekolah dulu. Tapi kami berpeluh jugak, tak tipu. Tengah2 sembang, tiba2 keluar idea nak singgah sekolah lepas joging, n Nad n KT pun setuju ja.

Kami singgah sekolah, jumpa cikgu apa semua pastu naik pusat sumber sebab nak amik majalah sekolah( aku rsa gambar kelas aku paling lawa berbanding kelas2 lain,hehe).. Pastu keluar lagi satu idea - nak keluar petang tu, lepak santai kat mana2 dengan kawan2 yg lain.. Oleh sebab kawan aku yg 2 orang tu takda kredit, aku terpaksa menggunakan khidmat pesanan ringkas untuk ajak kawan2 aku yg lain untuk join kami. Tu pun lepas tebus mata ganjaran baru aku dapat hantar khidmat pesanan ringkas tu..=="

Pukul 3.15 aku sampai umah Nad, pastu kami singgah gerai Eton dan dia sedang berniaga dengan sangat sibuk sekali. Haha! OK aku tipu, dia duk relax ja. Kami sembang2 pastu aku dapat SMS daripada Ros yang dia tengah OTW ke Aneka. So aku Nad n KT berambus dari gerai Eton dengan segera n meninggalkan Eton dengan asap motor.

Sampai ke destinasi, KT menjalankan tugas menjemput Mieza di Kepala Batas, sementara aku n Nad masuk dalam Aneka n naik tingkat atas. Kami lepak kat tempat yg agak bising n tiba2 aku n Nad nak ke toilet. OTW ke toilet aku nampak Ros n Kema. Ya, Nad x nampak sebab dia rabun. Ok pastu Mieza n KT sampai seterusnya Fatin yang dijemput pada last minute. Aku tak ingat siapa yang timbulkan idea nak karok, tapi nampaknya idea tu diterima oleh semua pihak dan kami menggegarkan bilik karok yang bernombor 12 di mall itu.

Ok 15 minit pertama kami tak tau camna nak control benda alah yang ada list lagu tu. So masa n wang tersia2(nasib baik bukan duit aku..wakakaka). Idea siapa taktau yang memutuskan nak sambung lagi setengah jam, diterima semua pihak dengan syarat Fatin belanja. Haha. Sorry Fatin. Tapi hang memang kawan yang best. Ok KT n Fatin ke kaunter untuk menambah masa n mintak tunjuk ajar pekerja kat situ. Setelah kami cekap, kami berkarok sehingga masa habis -lagu last lagu Hujan. Wakakaka.

Lepas minum2, kami semua balik ke sarang masing2. Memang puas boleh jumpa kawan walaupun bukan satu kelas. Dah sampai rumah pun aku masih teringat abang hensem pekerja yang ajar aku guna benda alah tu..ngeh2.. K bai.

* Nak sambung makan NIPS.. Eh, dah habis? Kurang ajaq hang curi2 makan NIPS aku kan?!

20120214

step by step

hai awak kamu..
aku dah cerdik menambah gajet..
tanpa bantuan sesiapa..
ok selamat tinggal.


*fine, aku belajar kat google, puas ati?

20120211

ulang-ulang..=="

haha.. taktau napa aku buat title tu.. kemarin aku p cari keja.. mula2 fokus kat butik ni tapi bila dah p kat situ tengok2 butik tu dah ada pekerja.. 3 orang.. so aku jalan2 dengan farida kat area aneka.. jumpa partner aku sat.. dia jual wafer sambil makan wafer.. ampa ada?? haha.. dia ajak aku makan sekali tapi malangnya aku tak da selera time tu.. kalau bagi sekarang memang aku amik dah.. k la, letak soal wafer kat tepi.. then aku n farida jalan2 dalam mall tu.. kebanyakannya kedai cina.. sampai kedai body glove, kami men'try' nasib.. amoi tu suruh isi borang.. pastu bos dia mai.. bos dia tanya amoi tu dalam bahasa cina.."umur berapa ni? tunggu keputusan spm?" amoi tu angguk.. pastu dia cakap lagi dalam bahasa cina "kalau tunggu keputusan payah sikit" sambil geleng2 kepala kat amoi tu.. dia ingat aku tak paham kot..haha.. so aku blah ngan farida dari kedai tu dengan perasaan yg sukar diucapkan dengan bahasa kucing.. ngeh2..
haa.. part ni yang best.. tiba2 farida risau ngan motor kami, dia ajak aku p ubah parking.. aku pon ikot ja la.. dah start motor apa semua, otw nak cari parking baru, kami lalu depan pustaka jitra, tiba2 dia nampak ada jawatan kosong kat situ.. kami pun try p tanya.. n memang dapat.. perasaan sukar diucapkan dengan bahasa kucing sekali lagi..haha.. so kami pun masuk aneka balik jumpa buah hati aku sebab dya kol suruh jumpa sat.. bila jumpa tu aku pun cerita la kat dia dari A sampai K.. pastu dia boleh bagi cerita gempak pulak kat aku ngan farida pasai kedai tu.. so aku ngan farida pun dah macam was2.. spoil mood sikit.. pastu aku try cari wafer yang dia makan tadi, takda..dah habis kot.. aku agak kecewa sebab time tu aku dah lapar.. so aku mintak izin nak berambus n aku ngan farida p belah tanah merah pulak.. cari keja lagi.. tapi biasa la, hari jumaat kedai banyak yang tutup.. kami plan nak p harini pulak.. lepas asar nanti.. huh..harap2 dapat kedai melayu.. n bos yang tak banyak songeh..hehe..
good luck 4 me and my friend~


* haha.. gambar tu aku amik time aku p Maxis Tower kat Perlis dulu.. hampa ada??

20120206

kenyataan

aku nak buat kenyataan la..aku memang x pandai nak handle blog ni.. =="
ceh, cakap macam blog ni budak jahat lak nak handle2..haha.. x la, aku duk try nak tambah gadget tapi aku x reti.. dem~
so aku pun jalan-jalan kat muka buku cari blog-blog member-member aku tapi malangnya depa a.k.a mereka x da blog.. then aku nak tanya sapa?? x pa2, sikit-sikit lama-lama pandai la..kot? haha..
haa..tadi mak aku suruh p kedai lagi.. fotostat latihan tuk student dya kot.. pakcik baju putih tu x da la.. aku nampak sorang kawan aku ni..erk.. x tau la nak panggil kawan ka apa.. sebab aku ngn dia x penah declare sebagai kawan pun.. haha.. satu sekolah dulu la senang cerita..
dia keja kat gerai belah2 ala santai tu.. aku x tau la nama sebenar dia apa.. yang aku tau orang panggil dia mario n aku pun sama.. ada sapa2 boleh tolong bagitau aku nama sebenar dia?? haha..
x kesah la.. aku harap dia rajin keja n dapat gaji + bonus.. dengan itu dia boleh la belanja aku nanti..haha..


Budak : Uncle, pembalut buku yang dah siap tu ada x?
Uncle : Haa ada2.. pergi tengok kat belakang tu.
Budak jalan p belakang.
Auntie : Nak yang besar mana?
Budak : Nak balut buku teks. Nak dua.
Auntie : Nah. (bagi pembalut buku kat budak)
Budak bayar duit.
Auntie : Thank u aa.
Budak senyum.

* mario, kalau aku p gerai tu ang belanja aku minum x?

hidup seorang penganggur

ya..memang aku x keja.. so what..haha.. bukan aku x mau la.. tapi aku sibok dengan lesen sekarang ni.. aku rasa menyesal jugak la sebab dulu aku x amik siap2.. sekarang dalam proses lesen P motor.. pasni kalau x da aral melintang aku sambung kereta pulak.. duduk umah memang bosan gila..
bayangkan, bangun tidur, sarapan, bagi kucing aku makan, tolong tok aku masak, makan tengahari, nganga depan tv, oh lupa lak- mandi, pastu masuk bilik buat sampah, kuar bilik ngadap tv, kalau tv xda cerita yang best2, main kucing, sampai malam, ngadap laptop, pastu ngadap bantal..esok ulang lagi..huh! penat tau x? tiap2 hari buat benda yang sama..
cuma sekarang ni x la boring sangat sebab dah tertambah satu aktiviti - buat lesen.. kadang2 aku teringat kat sekolah aku.. rindu time aku sekolah dulu.. memang btol 97% la orang cakap time sekolah la time yang paling best.. bagi aku part best tu sebab boleh jumpak member2 ja.. x pun sebab boleh curi2 main tenet kat makmal komputer(hehe..).. haa, lagisatu sebab boleh main alat2 kat makmal sains n boleh main game yang syok2 time pendidikan jasmani.. part study tu bukan mau sangat,kan? x payah nak nafi la.. haha.. aku tau la aku pun penah sekolah..::bangga sat::
baru2 ni aku tengah tengok tv kat umah aku.. time tengahari camtu.. pastu tiba2 aku dengar bunyi orang lalu kat luar.. aku tengok la.. nampak 2 budak sekolah tengah kayuh gerek a.k.a basikal sambil sembang2.. dua2 perempuan.. yang membuatkan aku p intai budak dua orang tu celah2 pintu sebab sorang tu pakai uniform sekolah, tp x pakai tudung.. hey2! bukan cina ok..
k la mungkin kamu anggap bnda tu biasa.. budak tu buang tudung lepas habis waktu sekolah.. panas kot..aku x salahkan dia.. memang hari tu tak hujan pun.. mendung ja.. tapi aku sebagai bekas pelajar sekolah tu aku rasa malu kot..


Makcik A : aik kak B, tu budak melayu ka siam tu?
Makcik B : mana2? yang naik gerek a.k.a basikal tu ka?
Makcik A : ya la yang tu la.. nampak macam melayu noh?
Makcik B : haa melayu la tu.. ada bekas burn kat muka dia tu..
Makcik A : laa..awat yang x pakai tudung.. budak sekolah mana tu?
Makcik B : tu kawan sebelah dia pakai lencana sekolah dot dot dot
Makcik A : hmm, budak sekolah dot dot dot la tu.. budak sekolah tu teruk noh..
Makcik B : saja pun..


so..nampak??


memang akan ada orang kata..ala, mulut orang mana boleh tutup..
habih dah tau kata mulut depa a.k.a mereka x leh tutup jangan la bagi depa bukak mulut!
sorry emo lebih.. cam dah psiko lak..haha..
sekian saja la.. tata..


*memang aku tak reti..kbai.

20120205

pakcik baju putih

geram betol aku ngan pakcik sorang ni.. tadi aku nak p kedai.. tengah syok2 bawak moto ditemani cahaya bintang dan bulan, tiba2 ada moto kat depan aku ni-dari arah bertentangan la.. sikit lagi nak langgar.. dah tu pakcik tu boleh buat muka x puas hati kat aku padahal dah sah2 dia yang salah.. ada ka patut dia bawak moto ikut lorong belah kanan? aku x tau la macam mana dia boleh dapat lesen moto.. x pasal2 aku lak yang kena stop..dah la tempat tu macam naik bukit sikit.. kat tepi restoran ala santai tu.. duk buat muka x puas hati pastu blah.. elok sangat dah la tu.. huh! sori ni memang tempat aku luah perasaan..haha.. jebon!


*aku rasa gatal tangan nak post banyak2..haha

mulakan dengan bismillah..

huh.. aku sebenarnya cuak nak buat blog ni.. tapi memang dah lama nak ada blog.. hehe..
so aku beranikan diri tuk buat benda alah ni.. sorry aku x tau nak tulis apa dah.. sebab otak aku dah penat fikir nama untuk blog aku ni tadi..heheh.. tolong jangan gelak kat aku.. aku budak baru belajar, kalau salah tolong tegur la ok..(senyum cuak)


*ada orang kirim bubur kat aku tadi..