20120930

Penjuru Itu

     Kim tidak bersuara lagi. Ryn sudah tidak mahu berbicara dengannya. Kim meninggalkan Ryn dia penjuru itu, bersama kucing-kucing jalanan yang menjadikan penjuru itu sebagai tempat berteduh. Sebaik Kim hilang dari pandangan, air mata Ryn mengalir laju.
     Ryn terduduk di penjuru itu. Seekor kucing bewarna hitam mendekati Ryn. Bulunya lebat dan gebu. Bersaiz sederhana. Matanya berwarna biru. Ryn lihat dalam-dalam mata kucing itu. Begitu juga sebaliknya. Ryn ingin mengatakan sesuatu, namun lidahnya terasa seperti dibekukan, bibirnya terasa seperti dijahit, lalu sesuatu itu terus tersimpan dalam hati kecilnya. Segala kekuatannya sudah diterbangkan angin setelah mendengar kata-kata Kim yang amat menggores hati sekejap tadi.
     Kucing hitam itu duduk di hadapan Ryn, memandang gadis itu tanpa berkelip. Ryn menjadi keliru, lalu cuba memegang kepala kucing tersebut. Sebaik tangan Ryn menyentuh kepala kucing itu, lantas ia bertukar menjadi seorang jejaka yang amat dikenali Ryn. Max.
     Ryn terperanjat. Lantas dia bangun dan cuba melarikan diri namun tangannya disentap keras oleh Max.
" Kenapa kau menangis untuk orang macam tu Ryn? " Ryn terdiam.
     Tidak mampu untuk menjawab soalan Max.
" Aku tak suka tengok kau menangis, hanya kerana perkara remeh macam tu. "
" Kau tak faham Max. "
" Kau yang tak faham diri kau sendiri. Kau tak faham kenapa kau menangis untuk dia. "
     Ryn menagis lagi. Tanpa segan silu di hadapan Max.
" Ryn. "
" Max. Aku tak sanggup lagi. Aku tak boleh tahan dengan semua ni. "
     Esakan Ryn semakin kuat. Pipinya sudah basah dengan air mata. Matanya merah. Max usap perlahan kepala Ryn, sebelah tangannya menggenggam erat tangan Ryn, sebelah lagi mengelap air mata Ryn.
" Aku kan ada. Aku akan sentiasa ada untuk kau Ryn. Selagi aku diberi peluang untuk terus bernafas, aku janji. "
     Ryn memandang dalam mata Max dengan penuh makna tanpa sebarang kata-kata. Dia terkesima.

20120909

Blank

Assalamualaikum dan selamat pagi/tengahari/petang/malam.
Dah lama aku tak post entri baru kan? Hmm, tak kisah la bukan ada orang baca sangat pun. Yang ni pun aku post sebab boring, sebab Pain sampai sekarang tak balik², tak dak kucing yang nak teman aku borak-borak.

Apa aku nak taip hah? Hmm...

Oh, aku dah boleh drive sekarang. Walaupun ramai lagi orang lain yang boleh drive kat Malaysia ni, aku sebagai ahli baru persatuan pemegang-pemegang lesen kereta kat negara ni rasa bangga la jugak kan dengan pencapaian aku ni.

Tiba-tiba teringat subjek MUET. Pasaipa hah? Tak kisah la, tapi aku kurang berminat la dengan cikgu MUET aku tu. Bukan tak suka ok? Just tak berminat. Kalau la aku boleh pilih cikgu MUET aku sendiri, mesti best. Aku nak pilih Mr. Henry Middleton. Oh My English! Tapi yang pastinya, aku takkan pilih mak aku sendiri. Hahaha!

Hmm. Aku rindu kawan lama, sekolah lama, cikgu lama, semuanya lama. Tu la orang cakap, zaman sekolah la yang paling kita akan rindu. Jadi, sila buli kawan anda sebelum terlambat. Hahaha. ( ok part ni tak lawak )

Aku takdak mood dah, bye. Photobucket