20120803

Chop & The Gang Part 1

12:42a.m.

Diam-diam Chop keluar dari ruang gelap itu. Dia melangkah dengan berhati-hati, risau jika ibunya terjaga. Sebaik Chop berjaya menyusup keluar dari ruang itu, pantas dia berlari menuju ke tempat biasa dia dan rakan-rakannya melepak - sebuah bilik kosong di bangunan itu yang ditutup kerana ia tidak digunakan pada masa itu.

" Apa kes lambat bro. Dah lama kami tunggu hang. " marah Tam.

" Chill la, aku lambat 13 minit ja pun. Mak aku suruh picit kaki dia tadi. So macam mana plan kita, jadi x? " ujar Chop.

" Awat pulak yang tak jadi, jom ar. " balas Tam.

Mereka berjalan menuju ke tujuh-sebelas yang terletak di seberang jalan kerana basikal Chop kepancitan tayar. Basikal rakan-rakannya yang lain pula kejatuhan rantai.

" Penat kot jalan jauh-jauh tengah malam macam ni. Malang sungguh nasib kita. " kata Chop.

" Ustazah aku kata, orang yang nak buat jahat selalunya jadi lagu ni la. " balas seorang daripada mereka.

" Woi, kasaq kot bahasa hang. Kalau hang tak mau join, hang boleh pi balik. " marah Tam.

" Dah dah, toksah bertekak. Penat aku dengaq. " kata Chop.

Ting tong. Loceng berbunyi sebaik mereka memasuki tujuh-sebelas.

" Tam, hang pi cari yang paling ohsem punya. Biaq padan muka budak tu. Lagisatu, cari ayaq Meelo sat kat aku, penat jalan jauh-jauh. " ujar Chop.

" Minum HandredPlas la, baru hilang penat. Tudia la dulu waktu kelas Bio hang duk pi main ikan dalam parit. Isotonik hang tau dak isotonik ! " leter Tam.

" Yalah yalah ! Ambik ja la apa pun. " bentak Chop.

Setelah mendapatkan barangan yang diperlukan, mereka berjalan pulang beramai-ramai dan terus menuju ke salah satu bilik gelap yang terdapat di bangunan itu. Mereka nampaknya sudah mempunyai sasaran mereka sendiri.

" Mana barang tu? " tanya Chop.

" Ni haa, terbaik punya! Hahahaha! " gelak Tam.

" Toksah duk gelak macam pontianak sangat la, dah la gigi taring. Hahaha." sindir Chop.

" Ceh, hang pun sama, duk kata kat aku. " Tam bebal.

Mereka berdua memenuhkan permukaan tersebut dengan cecair yang dibeli di tujuh-sebelas tadi manakala rakan-rakan lain mengcover line takut-takut jika pak guard bermisai kontot bermata bulat datang menerjah.

" Hahaha! Puas hati aku. Biaq budak tu tau, langit tinggi ka rendah! " gelak Chop sambil aura kejahatan membara di sekelilingnya. Tam turut ketawa sehingga tersedak namun semakin hilang setelah Chop menepuk-nepuk belakang badannya.

Setelah itu, mereka pulang ke ruang gelap masing-masing.


* bersambung ~