20130906

Hati Ini UFO ( Bahagian 1 )

Malam itu sama seperti malam-malam sebelumnya. Sunyi. Sekali sekala terdengar bunyi cengkerik dan sayup-sayup rintihan si burung hantu. Zizo tersenyum seorang diri di tepi tingkap dengan teropong di tangan. Teropong itu dibelinya kira-kira dua bulan lalu tak lama selepas Ara berpindah masuk ke rumah kosong di hadapan rumahnya. Pertama kali Zizo melihat Ara, dia cuma menganggap gadis itu biasa-biasa sahaja. Tiada perasaan suka seperti sekarang. Tiada perasaan sayang seperti sekarang. Semuanya berubah secara tiba-tiba.

Ara ditukarkan ke sekolah yang sama dengan Zizo, cuma berlainan kelas. Ara di kelas 5A manakala Zizo di kelas 5B. Itu pun hanya diketahui oleh Zizo selepas dia terlihat Ara di pusat sumber sekolah selepas tiga hari gadis itu ditukarkan. Tak kurang juga maklumat yang diperoleh daripada rakan-rakannya yang tergilababikan Ara. Heh, baru masuk dah ramai peminat. Tipikal pelajar sekolah. Tapi memang Zizo akui, Ara seorang gadis yang cantik.

Cuma kadang-kadang Zizo nampak Ara marah-marah pada pelajar lelaki yang mengganggunya. Bila marah, Ara akan cekak pinggang, jegil mata macam nak tercabut sambil ketap bibir menahan geram. Zizo tak boleh tahan ketawa bila Ara buat muka macam tu. Akibat tak boleh tahan ketawa tu lah Ara jadi perhatian Zizo sekarang, jadi cinta hati Zizo sekarang. Semuanya gara-gara dia kantoi ketawa dengan kuat bila Ara sedang marahkan kawan Zizo, si Khail yang sibuk mendecit macam tikus di pintu kelas sambil baling kertas yang digumpal kecil-kecil kepada Ara bila gadis itu lalu di tepi kelas mereka.

"Apa yang seronok sangat hah?! Kau cakap dengan aku apa yang seronok sangat!"

Ara menengking Zizo sambil mencengkam erat kolar uniform jejaka itu. Zizo terkejut. Mata bertentang mata. Oh, mata Ara secantik wajahnya. Coklat hazel. Zizo cuak, jantung mengepam darah dengan lebih laju, nafas terasa pendek, wajahnya merah bukan kerana marah tetapi malu. Bukan malu kerana ditengking oleh seorang gadis, tetapi malu kerana dia merasakan bahawa dia telah jatuh cinta dengan gadis itu. Gila. Zizo memang gila.

*bersambung

20130712

Romadhon

Assalamualaikum dan selamat pagi/petang/malam.

Memula aku nak ucap selamat berpuazer lah kepada yang berpuazer tu. Hmm, aku tak ada idea nak taip natang apa. Aku update post ni pun sebab ada orang duk tanya bila aku nak buat entri baru. Zine aku dah lingkup. Kot. Arghh whatever, frust bila ingat balik. Nanti aku rajin aku sambung ah.
Tukar topik.

Harini dah hari ketiga dalam bulan Ramadhan. Baju raya aku tak beli lagi. Tak eksaited sangat la nak beli baju raya, aku nak kuih samperit ja. Sedap kuih tu. Hmm. Btw sehari sebelum puasa haritu (Selasa_9.7.13)  aku ikut rombongan sekolah pi Gunung Jerai. Tapi bukannya pi untuk enjoy-enjoy, untuk buat kajian pasal Pibiyes jebon tu hah. Haa, nah tengok gambar. (trick blogger pemalas)


Tak nampak? Memang sengaja bagi kecik. Hahahahaha.

Pic ni Deydey yang amik. Yang daripada kamera aku punya tak sempat transfer masuk laptop. Aku kan sibuk memanjang. Paham-paham la. Lulz. Okai lah, aku pun dah tak tau nak merepek apa. See yah!

Hah sat, kenal Samad dak? Yang buat video parodi kat Yutiub tu. Dia chumel sanad.(tetiba bahasa wempitzz kau)


Ni Samad. Otw jadi crush aku. Bhahahahah!

K bye. Tuzki Bunny Emoticon

20130529

Jangka Masa Pendek

Dah seminggu lebih aku deal dengan Robo nak buat zine. Planning awal, tapi aku tangguh sampai habis exam baru ambik serius. Tapi tu bukan masalah. Masalah sekarang aku tak mampu nak buat pengenalan cerpen tu dengan baik. Taip taip taip, backspace backspace backspace backspace. Memang sampai tahap backspace melebihi apa yang ditaip.

Sejak habis exam ni, otak aku flush semua benda yang ada dalam otak. Idea berkarya aku pun dah tersedut sama rasanya. Masalahnya bila nak buat cerpen ni, beginning kena sedap. Kalau beginning pun dah buat pembaca rasa nak guna zine tu untuk buat lapik mug, baik takyah buat langsung. Rasa terhina kot. (tiba-tiba)

Tadi masa tengah main game, tiba-tiba rasa macam ada suara.

 " Merpati, bila zine nak siap kalau kau asyik main game?"

Aku tak nampak siapa dah kecuali Robo. Sumpah tak tipu. Hantu sungguh beliau sebab hantar teguran limun macam tu. Aku rasa bersalah sampai berhenti main game. Tapi aku tak bukak MWord pun, aku bukak periuk nasik, lapar. Hehe.

Walaubagaimanapon, tadi aku gagahkan jugak ibu jari ni nak klik ikon MWord, perah otak yang cuma menitiskan beberapa titik idea hambar, dan mula menaip. Dua puloh dua patah perkataan dah lengkapkan ayat pertama untuk pengenalan. Lepas tu aku sambung perah otak, dan tiba-tiba aku teringat yang aku dengan Robo takda pun bincang pasal ending cerita tu. Terus aku rasa benda tu boleh dijadikan alasan untuk aku tutup tetingkap MWord dan sambung main game tanpa rasa bersalah. Tanpa idea untuk ending, aku tak dapat nak create plot cerita tu. Sorry.

Dan kepada Robo, kalau hang baca ni (bajet macam hang kaki stalk blog aku, kihkihkih), ketahuilah bahawa aku serius dalam benda ni, dan aku memulas otak sehabis paksa untuk mencurahkan idea. Tak tipu. Aku harap hang terus lah support aku okey. Jangan give up kalau takmau aku hilangkan charger hang. That's it. Ciou! :)

* MerpatiRobot, pun sedap kan? Kahkahkah.

20130422

Dendam Bakaq

Bakaq ialah seorang pelajar di SMK Jibun. Dia merupakan lelaki yang tinggi, berbadan taff, kacak, berkulit cerah dan pintar. Bakaq tinggal di Kampung Keralutong di mana kampung itu amat jauh dari bandar Jibun yang menempatkan sekolahnya. Dan for sure lah, Bakaq tinggal di asrama kerana jarak antara rumah dan sekolahnya yang jauh gila bapak. 

Asrama SMK Jibun agak haunted menyebabkan Bakaq menangis serupa pondan ketika dia pertama kali menjejakkan kaki ke situ. Masa tu Bakaq cuma pelajar Tingkatan Satu dan tangisan pondannya itu dilihat oleh abam-abam senior yang bajet gangster. Kebetulan pula, Bakaq ditempatkan sebilik dengan abam-abam senior bajet gangster yang cuma tua setahun daripadanya itu. 

"Nama aku Grey. Orang panggil aku Grey Dogshit. ( Kelabu Tahianjing )". Abam senior memperkenalkan diri kepada Bakaq.

Bakaq mula tak sedap hati bila Grey usap-usap bahunya sambil berkata

"Abang letih, adik tolong basuh uniform abang boleh?" 

Walaupun Bakaq mempunyai badan yang taff gila dan wajah yang sumpah tak tipu kacak habis, dia sebenarnya seorang yang pengecut.

Sejak itu, Bakaq menjadi sasaran Grey & The Handwriting untuk dibuli. Bakaq hidup dalam ketakutan. Macam-macam yang Grey paksa Bakaq buat. Cuci baju, kemas katil, buat kerja sekolah hinggalah perkara-perkara yang tak logik. Grey paksa Bakaq buat benda-benda yang tak masuk akal semata-mata nak hiburkan dirinya sendiri. Grey memang setan. 

Pernah satu kali tu, Grey sakit kepala sebab makcik janda kantin merangkap aweknya mintak putus. Dia pun telan lah Penedol. Lepas Grey telan Penedol tu, dia rasa bengang. Malang betul nasib Bakaq sebab kebetulan dia melintas depan katil Grey masa tu. Grey panggil Bakaq, capai baki Penedol yang tinggal dua biji, hulur kat Bakaq. 

"Aku nak hang kemam ubat ni sampai habis".

Belum sempat Bakaq cakap apa-apa, Grey dah sumbat Penedol tu dalam mulut dia. Bakaq kemam sambil menangis. Ya, tangisan pondan. Tapi bagi Bakaq, benda tu cuma small matter. Peristiwa tujuh minit selepas dia kemam ubat tu lebih menakutkan. Grey & The Handwriting paksa Bakaq buat Gangnam. Bakaq buat sambil menangis. Video Gangnam Bakaq tersebar luas di laman Yutiub. 

Lepas peristiwa tu, Bakaq betul-betul berubah. Dia jadi lebih setan daripada Grey. Semuanya bermula bila Bakaq dah jadi senior. Bakaq mula kumpul geng. Dia dipengaruhi kuat oleh tagline Grey. Begitu juga dengan nama kumpulan bajet gangster Grey.

"Nama aku Bakaq. Orang panggil aku Bakaq Sateayam." 

Nama kumpulan Bakaq pula ialah Bakaq & The Maikrowev. Dasar kaki plagiat. Bakaq bukan macam Grey yang buli junior sorang dua. Dia ni jenis buli secara berjemaah. Sebilik dua sekali dia bantai. 

Pernah sekali, anak kucing yang Bakaq bela mati. Tak ada sesiapa pun yang berani mengaku bunuh kucing tu. Bakaq naik angin. Dia paksa bebudak junior buat CPR kat bangkai anak kucing. Bebudak junior mengeluh, tak kurang juga yang menangis macam pondan. 

Terbaru, enam hari lepas. Macam Grey, Bakaq kiciwa putus chenta. Dia mula cari akal nak hiburkan diri sendiri. Dia paksa bebudak junior beratur di koridor asrama buat Gwiyomi secara berjemaah. Ahli-ahli The Maikrowev rakam masuk Yutiub. Kebetulan pulak warden lalu. Tunggu bapak lagi, Bakaq kena teruk lah malam tu. Junior pun kepoh repot memacam pasal dia. Tangisan pondan Bakaq terkeluar jua malam tu selepas kena tibai dengan warden. Tak sakit pun, cuma dia yang mengada-ngada. Ahli-ahli The Maikrowev tak sangka Bakaq sepondan itu lalu mereka memutuskan untuk meminggirkan Bakaq.

Bakaq yang tinggi, berbadan taff, berkulit cerah dan pintar yang pengecut itu melarikan diri dari sekolah dengan sekeping nota. Di nota itu tertulis

 Ada biskut kering bawah katil sebagai tanda maaf Bakaq kepada you olls. Take care ye? XOXO".

Selepas itu, Bakaq tidak dapat dikesan lagi. Ibu Bakaq sedih sangat sebab untuk trial SPM, dia dapat 24A+. Bakaq kan awesome. Sampai lah satu hari, masa ibu Bakaq tengah shake S3 Mini beliau dalam WiChet, tetiba ada sorang mamat ni greet beliau. Rupa-rupanya tu Bakaq. Dia dah berjaya, kerja sebagai pengeksport terbesar arang dunia. Nama pun dah tukar jadi Burn. Klise.

Dia pun belikan rumah teres empat tingkat untuk ibunya, lalu mereka hidup bahagia hingga ke akhir hayat. 

 -Tamat-

20130404

Semuanya Sama

Terjatuh sehelai kertas bewarna hijau ke atas lantai ketika Lya sedang menarik keluar diari pemberian arwah ayahnya yang sudah sekian lama tidak tercuit. Niat awal Lya yang sebelum itu adalah untuk mencontengkan perasaannya dalam diari merah jambu itu, lantas dibatalkan. Kertas hijau dikutip dari lantai. Sedikit lukisan di muka depan ditatap sekilas lalu, Lya tersenyum sendiri. Buka, baca ayat di dalam. Tersenyum lagi. Sinis.

Kertas hijau diselitkan ke dalam diari. Diari disimpan kembali ke dalam rak buku tanpa sebarang perubahan dalam isi kandungannya. Tetap sama. Seperti perasaannya terhadap Tim juga, sama.

20130311

Boifren

Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu pulang bagi pelajar-pelajar SMKJ. ( oh lupa, SMJ mana ada loceng )

Ehem ehem. Tukaq.

Jam sudah menunjukkan pukul 1:25 petang. Pelajar-pelajar 7A2 berkemas-kemas untuk pulang ke rumah masing-masing. Dan sudah menjadi satu kemestian, ketiga-tiga pelajar lelaki di barisan hadapan aku ini sudah lesap sebelum aku duga lagi. Pedulikan saja mereka. Aku masukkan buku-buku latihan yang masih tidak lunyai dek kemalasan aku untuk membeleknya sekerap watak-watak pelajar pintar dalam drama Melayu yang sering bergelimpangan di kaca televisyen. Rakan sepermainan di sebelah tempat duduk aku memberikan isyarat "selamat pulang, jumpa lagi esok" seperti biasa. Oleh kerana persahabatan kami awesome, aku mengerti isyarat itu lalu menjeling buat tidak tahu kepadanya. Yang menjadi fokus aku ketika itu hanyalah sesuatu yang berada di atas meja makan di rumah. Aku percepatkan langkah sambil menggalas beg di bahu. Ketika tiba di motor, kelihatan kegembiraan terpampang jelas pada wajah-wajah pelajar lelaki kelas aku sebentar tadi yang sedang menunggang motosikal mereka dengan bahagia menuju keluar dari pintu pagar sekolah. Serupa.. err, aku malas hendak berlaku jujur di sini. Bahaya jika mereka sentap.

Aku menungggang motosikal aku dengan wajah yang serius. Dengan harapan tiada jejaka tampan yang berani mengorat aku di persimpangan jalan mahupun di lampu isyarat. Ketika aku sedang asyik menunggang motosikal kesayangan aku itu, kelihatan beberapa orang gadis sedang menjual pisang goreng dan ubi goreng di tepi jalan. Gerai itu sudah hampir sangat dengan rumah aku. Dompet kata tidak tapi perut kata mahu. Desakan si perut yang kuat menyebabkan aku mengalah dan memberhentikan motosikal aku di sebelah gerai tersebut.

" Ubi, tiga ringggit. "

Selesai menghulurkan not kapitalis kepada gadis itu, aku memecut pulang ke rumah. Dalam perjalanan, sempat juga ku telan ubi itu sekeping dua. Sedap.

Aku masuk ke bilik mama dengan bungkusan ubi goreng di tangan. Aku hulurkan bungkusan tersebut kepada mama.

" Ma, makan. Orang buat kenduri sikit harini. " (kunyah ubi)
" Kenduri apa? " (muka eksaited gila)
" Kenduri, dapat boifren baru " (muka sekupang)

Sunyi.

" Mama nak kenai dia dak? Kalau nak orang nak bagi kenai. " (muka berlakon serius)
" Hmm " (muka boring)
" Tak caya sudah. " (keluaq bilik)

Aku menjadi bebal sedikit kerana lakonan aku tidak berjaya. Aku keliru sebenarnya. Entahkah beliau marah, entahkah beliau suka. Tapi yang pastinya, aku tipu. Yang lagi pasti, beliau tak tertipu. Sebab beliau awesome.

Aku pun masuk bilik, layan lagu. Bebal pun hilang.



*peduli apanya pengenalan panjang berjela tapi penutup pendek, tak kacau duit hang pun.


20130116

Penganiayaan Buat Semua

Assalamualaikum dan selamat _____.

Macam mana dengan kehidupan anda sekarang? Saya di sini mendoakan yang baik-baik sahaja untuk anda. Saya? Oh, saya baik-baik sahaja. Kecelaruan dan kejebonan itu biasalah kan? Adat hidup, yang betul dihina-hina, yang salah disanjung-sanjung. Hahaha. ( ketawa sopan tutup mulut )

Saya mulakan tahun 2013 ini sebagai seorang pelajar Tingkatan Enam Atas. Bagi sesetengah orang, ia juga dipanggil sebagai Tingkatan Tujuh. Apa-apa saja lah, umur bukan penghalang untuk saya menaip post untuk blog ini. ( tiba-tiba ) Baiklah, biar saya terangkan sedikit tentang kehidupan saya sebagai pelajar Tingkatan Tujuh ini. Empiyem telah menetapkan bahawa semua pelajar Tingkatan Tujuh Semester 2 untuk menjalankan sebuah kerja kursus yang amat mudah, di mana markah kerja kursus tersebut adalah berapa peratus ntah daripada markah keseluruhan untuk subjek yang diambil. Maka dengan itu, semua pelajar diwajibkan untuk menyelesaikan kerja kursus yang dipanggil Pibiyes ini. Pibiyes ini dikatakan mampu menjadikan pelajar-pelajar prauniversiti menjadi lebih matang dalam kehidupan yang penuh pancaroba ini. Selain itu, Pibiyes ini juga bla bla bla.....

Kesimpulannya Pibiyes memang ohsem.

Setakat ini saja lah coretan saya buat kali ini. Sememangnya, saya amat sibuk sejak kebelakangan ini. Bukan! Bukan kerana Pibiyues. Oops, maaf saya tertypo sebentar. Oh ya, sambungan. Pibiyes tidak membebankan saya langsung, tidak langsung. Saya mengundur diri dahulu, selamat tinggal.