20150616

Terbang lah, Merpati!

Lampu tidak akan sentiasa ternyala, tidak akan sentiasa menerangi jalan. Bulan tidak akan sentiasa bercahaya, tidak akan kekal pada paksinya. Bintang juga, tidak akan sentiasa berkelipan, tidak akan sentiasa muncul di dada langit. Dan matahari turut tidak akan sentiasa kelihatan, tidak akan sentiasa mengalahkan awan hitam. Sedari lah merpati, bahwa bukan setiap kegelapan itu akan diterangi. Bukan setiap kesedihan itu akan diganti. Bukan setiap kelukaan itu akan diubati. Dan bukan setiap kekecewaan itu akan dimaafi. Akan tiba suatu masa kau perlu terbang sendiri tanpa ada yang membantu lagi, tanpa ada yang menemani lagi, dan tanpa ada yang sentiasa bersamamu lagi. Masih kah kau ingat kata-katanya merpati? Bila tiba masa kau perlu terbang jauh, terbang sahaja dan jangan sesekali menoleh ke belakang lagi. Mungkin sahaja dia tidak mahu kau hilang semangat melihat bayangan-bayangan hitam yang pernah menghantui hidup mu selama ini. Tapi tidak mustahil juga dia tidak mahu kau mengingati anekdot-anekdot yang pernah tercipta antara kalian. Oh Merpati, ketahuilah bahwa dia juga punya kehidupan sendiri. Apalah kuasa yang kau ada untuk menghalang di saat kakinya melangkah pergi? Apa kau punya kuasa untuk buat dia mengerti bagaimana rasanya hati mu dirobek-robek tanpa belas kasihan saat dia menamatkan segalanya? Apa kau mampu buat dia memahami bahwa dia adalah semangat mu yang paling kau perlukan dalam setiap milisaat nafas mu? Cukup-cukup lah bergantung harap, Merpati. Jangan diikut-ikut sifat sang pungguk. Lihat lah bagaimana ia merana gara-gara merindukan bulan yang tidak mungkin akan dapat dimiliki. Terlalu sayang akan membinasakan diri mu, Merpati. Tiba masanya untuk kau berdikari menjalani kehidupan sehari-hari, walau seribu tahun pun mungkin tidak mampu menyembuhkan kelukaan di hati.

20141025

Blank

Betul lah arwah hamster aku cakap yang masa boleh buat manusia lupa apa yang dia taknak lupa. Bila kau dah tinggalkan sesuatu benda atau seseorang tu dengan lama, sampai satu saat nanti kau jumpa balik benda tu atau dia, kau akan cakap dalam hati “watdehel em i doin wif dis natang". 

Contoh mudah, tu hah post aku yang tajuk Hati Ini UFO tu. Cerita tu sebenarnya separa realiti separa imajinasi berkaitan somebody i used to know yang tinggal kat Pahang sana. Aku dah susun plot sampai ending sikit punya cantik tapi sebab bongkak punya pasal aku sengaja ludahkan sedikit unsur saspen dengan membahagikan cerita tu kepada Part 1 2 3 bla bla bla dengan memberikan kepercayaan sepenuhnya terhadap memori otak aku. Konon masa post tu aku dah tekad esok lusa aku sambung part by part sampai habis so mesti takkan lupa plot ending tu semua. Tapi tekad tinggal tekad sebab aku masih di sini, berguling atas katil sambil mengunyah coklat. Aku cuba nak sambung (tapi tak cukup bersungguh) namun malangnya aku dah lupa plot yang aku susun tu. Bagaikan semua idea-idea tu ditelan oleh perut si otak dan dirembes keluar melalui telinga menjadi khazanah di atas putik kapas.

Yalah, silap aku sebab tak catit kat kertas. Kan aku dah cakap tadi, aku bongkak. Haa, ni lah makan dia. Cerita tergantung. Kita biarkan ia terus tergantung begitu. Hiasan. Heheheh.

20130906

Hati Ini UFO ( Bahagian 1 )

Malam itu sama seperti malam-malam sebelumnya. Sunyi. Sekali sekala terdengar bunyi cengkerik dan sayup-sayup rintihan si burung hantu. Zizo tersenyum seorang diri di tepi tingkap dengan teropong di tangan. Teropong itu dibelinya kira-kira dua bulan lalu tak lama selepas Ara berpindah masuk ke rumah kosong di hadapan rumahnya. Pertama kali Zizo melihat Ara, dia cuma menganggap gadis itu biasa-biasa sahaja. Tiada perasaan suka seperti sekarang. Tiada perasaan sayang seperti sekarang. Semuanya berubah secara tiba-tiba.

Ara ditukarkan ke sekolah yang sama dengan Zizo, cuma berlainan kelas. Ara di kelas 5A manakala Zizo di kelas 5B. Itu pun hanya diketahui oleh Zizo selepas dia terlihat Ara di pusat sumber sekolah selepas tiga hari gadis itu ditukarkan. Tak kurang juga maklumat yang diperoleh daripada rakan-rakannya yang tergilababikan Ara. Heh, baru masuk dah ramai peminat. Tipikal pelajar sekolah. Tapi memang Zizo akui, Ara seorang gadis yang cantik.

Cuma kadang-kadang Zizo nampak Ara marah-marah pada pelajar lelaki yang mengganggunya. Bila marah, Ara akan cekak pinggang, jegil mata macam nak tercabut sambil ketap bibir menahan geram. Zizo tak boleh tahan ketawa bila Ara buat muka macam tu. Akibat tak boleh tahan ketawa tu lah Ara jadi perhatian Zizo sekarang, jadi cinta hati Zizo sekarang. Semuanya gara-gara dia kantoi ketawa dengan kuat bila Ara sedang marahkan kawan Zizo, si Khail yang sibuk mendecit macam tikus di pintu kelas sambil baling kertas yang digumpal kecil-kecil kepada Ara bila gadis itu lalu di tepi kelas mereka.

"Apa yang seronok sangat hah?! Kau cakap dengan aku apa yang seronok sangat!"

Ara menengking Zizo sambil mencengkam erat kolar uniform jejaka itu. Zizo terkejut. Mata bertentang mata. Oh, mata Ara secantik wajahnya. Coklat hazel. Zizo cuak, jantung mengepam darah dengan lebih laju, nafas terasa pendek, wajahnya merah bukan kerana marah tetapi malu. Bukan malu kerana ditengking oleh seorang gadis, tetapi malu kerana dia merasakan bahawa dia telah jatuh cinta dengan gadis itu. Gila. Zizo memang gila.

*bersambung

20130712

Romadhon

Assalamualaikum dan selamat pagi/petang/malam.

Memula aku nak ucap selamat berpuazer lah kepada yang berpuazer tu. Hmm, aku tak ada idea nak taip natang apa. Aku update post ni pun sebab ada orang duk tanya bila aku nak buat entri baru. Zine aku dah lingkup. Kot. Arghh whatever, frust bila ingat balik. Nanti aku rajin aku sambung ah.
Tukar topik.

Harini dah hari ketiga dalam bulan Ramadhan. Baju raya aku tak beli lagi. Tak eksaited sangat la nak beli baju raya, aku nak kuih samperit ja. Sedap kuih tu. Hmm. Btw sehari sebelum puasa haritu (Selasa_9.7.13)  aku ikut rombongan sekolah pi Gunung Jerai. Tapi bukannya pi untuk enjoy-enjoy, untuk buat kajian pasal Pibiyes jebon tu hah. Haa, nah tengok gambar. (trick blogger pemalas)


Tak nampak? Memang sengaja bagi kecik. Hahahahaha.

Pic ni Deydey yang amik. Yang daripada kamera aku punya tak sempat transfer masuk laptop. Aku kan sibuk memanjang. Paham-paham la. Lulz. Okai lah, aku pun dah tak tau nak merepek apa. See yah!

Hah sat, kenal Samad dak? Yang buat video parodi kat Yutiub tu. Dia chumel sanad.(tetiba bahasa wempitzz kau)


Ni Samad. Otw jadi crush aku. Bhahahahah!

K bye. Tuzki Bunny Emoticon

20130529

Jangka Masa Pendek

Dah seminggu lebih aku deal dengan Robo nak buat zine. Planning awal, tapi aku tangguh sampai habis exam baru ambik serius. Tapi tu bukan masalah. Masalah sekarang aku tak mampu nak buat pengenalan cerpen tu dengan baik. Taip taip taip, backspace backspace backspace backspace. Memang sampai tahap backspace melebihi apa yang ditaip.

Sejak habis exam ni, otak aku flush semua benda yang ada dalam otak. Idea berkarya aku pun dah tersedut sama rasanya. Masalahnya bila nak buat cerpen ni, beginning kena sedap. Kalau beginning pun dah buat pembaca rasa nak guna zine tu untuk buat lapik mug, baik takyah buat langsung. Rasa terhina kot. (tiba-tiba)

Tadi masa tengah main game, tiba-tiba rasa macam ada suara.

 " Merpati, bila zine nak siap kalau kau asyik main game?"

Aku tak nampak siapa dah kecuali Robo. Sumpah tak tipu. Hantu sungguh beliau sebab hantar teguran limun macam tu. Aku rasa bersalah sampai berhenti main game. Tapi aku tak bukak MWord pun, aku bukak periuk nasik, lapar. Hehe.

Walaubagaimanapon, tadi aku gagahkan jugak ibu jari ni nak klik ikon MWord, perah otak yang cuma menitiskan beberapa titik idea hambar, dan mula menaip. Dua puloh dua patah perkataan dah lengkapkan ayat pertama untuk pengenalan. Lepas tu aku sambung perah otak, dan tiba-tiba aku teringat yang aku dengan Robo takda pun bincang pasal ending cerita tu. Terus aku rasa benda tu boleh dijadikan alasan untuk aku tutup tetingkap MWord dan sambung main game tanpa rasa bersalah. Tanpa idea untuk ending, aku tak dapat nak create plot cerita tu. Sorry.

Dan kepada Robo, kalau hang baca ni (bajet macam hang kaki stalk blog aku, kihkihkih), ketahuilah bahawa aku serius dalam benda ni, dan aku memulas otak sehabis paksa untuk mencurahkan idea. Tak tipu. Aku harap hang terus lah support aku okey. Jangan give up kalau takmau aku hilangkan charger hang. That's it. Ciou! :)

* MerpatiRobot, pun sedap kan? Kahkahkah.