20120415

Leter

BAHASA BIASA


Ohh, aku tak tau nak letak tajuk apa. Abaikan. Aku tak suka buang masa fikir pasal tajuk sedangkan post aku ni sekadar repekan. Uh, merepek?

Nak tau tak? Kalau x mau sila klik simbol pangkah kat atas sebelah kanan tu ok? Haa, yang kaler merah tu.

Kalau nak tau, aku sebenarnya tak suka lelaki yang lembut-lembut sangat. Bukan pondan ok? Tapi yang jenis suka duk buat ayat pasrah. Macam jebon kot!

Pastu manusia yang jenis duk taip mesej eww eww tu. Kitew tark shukew taw! Mencik gileww!
 Bila aku dapat mesej-mesej macam tu, otak aku payah nak hadam apa yang dia cuba nak sampaikan. Kat sekolah cikgu aku tak pernah ajar pun perkataan-perkataan tu, Aku tak tau la sapa yang start guna bahasa jelly terlebih air tu - gedik.

Kalau anda salah sorang daripada pengguna bahasa jelly terlebih air, sebaik-baiknya anda hentikan penggunaan tersebut kerana ia akan memudaratkan.


BAHASA JELLY TERLEBIH AIR

Ohh, akuw tark taw nark lewtak tajowk apew. Abaikan. Akuw tark shukew buang masew pikir pasal tajowk cedang an post akuw niy sekadar reperkan. Uhh~ mereperk?

Nark taw tak? Kalaw tak maw silew klik simbol pangkah at atas sebelah kanan tue okeyh? Haaaa, Yang kalerw merah tue.

Kalaw nark taw, akuw sebenarnyew tark shukew lerlaky yang lembot-lembot cangat. Bukarn pondan okeyh? Tapi yang jenis sukew dok wat ayat pasrah. Macam jeybown kowt!

* Tak habis sebab aku penat..Tuzki Bunny Emoticon

20120408

Bila Lapar

Sepatutnya aku nak siapkan post ni 2 hari lepas. Tapi tergendala sebab mood aku selalu rosak teruk lepas main Tetris Battle kat Facebook. Ni pun aku taip post ni dulu, lepas ni baru main Tetris Battle. Takut nanti mood aku mati terus.

2 hari lepas, aku balik kerja. Aku masuk dapur. Aku selongkar segala-galanya. Sebab lapar.

Tapi tak ada apa-apa yang boleh aku makan selain megi.

Huh! Malas gila nak masak. So aku ingat nak rendam ja, tapi aku rasa dah alang-alang masak megi, biarlah guna api, kan? ( aku x tau apa yang aku tengah merapu ni )

Ok, aku masukkan megi dalam periuk, pasang api.
Aku selongkar peti ais.
Uhh, jejari ketam aku dah habis. Aku selalu letak menatang tu dalam megi aku.
Mood aku spoil sikit.

Aku selongkar lagi, jumpa hashbrown.
Ohh, hashbrown.......

Memang, aku masukkan hashbrown dalam megi aku. Hahahaha. Kenapa? Tak percaya? Sedap jugak, serius aku tak tipu! Bila dah masukkan tu, biar hashbrown tu jadi lembut pastu kacau-kacau bagi pecah. Pecah hashbrown, bukan periuk.

So, please try this at home. Belum masak belum makan, sudah masak baru makan. Bye bye.

* abaikan segalanya bila makan Tuzki Bunny Emoticon

20120404

Saya Dan KT

Baru-baru ni, aku rajin jugak pi joging dengan Kak Teh ( Kak Teh tu best friend aku ) & kami selalu singgah kat satu gerai yang aku tak pasti apa namanya lepas balik joging.

Okey, saja nak bagitau sebab aku tak tau nak cerita apa.

Tapi..

Nestum ais kat situ sedap. RM1.20.

Tapi...

Kalau aku bancuh sendiri, lagi sedap rasanya. RM0.00.

So, yang aku bancuh lagi berbaloi. Cuma bila balik joging, handle motor aku jadi ankontrolebel. Serius, aku tak tipu. Dia auto set bila start enjin time nak balik joging. Motor tu otometik pi kat gerai tu. Lepas tu selagi aku tak minum Nestum ais kat situ, motor tak boleh nak start. Sebab tu la aku pi minum jugak walaupun kena bayar & kurang berbaloi.

* ankontrolebel is uncontrolable.. Tuzki Bunny Emoticon