20120727

Aloq Setaq

Assalamualaikum & salam 1Bumi.

Izinkan aku berpot-pet pot-pet di sini kerana aku tersangatlah bosan dan bengang sebab bau orang masak megi time orang lain duk posa ni. Ok, silap. Bau megi, bukan bau orang yang masak megi.
Urghh ! Abaikan..!

Tadi aku pi Aloq Setaq (AS), beli baju raya. Aku terbeli 2 pasang. Kesian kat mak aku kena keluaq duit, tapi kesian lagi aku sebab lupa nak beli tudung sekali. So OTW balik tadi, mak aku cuba memujuk aku. Mak aku cakap : " Alah, beli tudung kat market ja, pasar malam pun ok jugak, murah." sambil buat muka slumber. Aku redha namun dalam hati kucing mana yang tahu.

Tapi tadi, kat Pacific, ada sorang budak ni sikit punya baik duk tayang CoolBlog dia kat aku. Dah la tak posa, duk menayang pulak, tambah ngan muka inesen dia lagi. Kalau aku ni jenis otak tak betoi memang dah lama aku amik CoolBlog tu buang dalam tong sampah. Ehh, takleh-takleh, rugi pulak. Mungkin aku patut bagi kat kaunter CoolBlog tu & amik duit budak tu balik.

AS ni memang syok kalau nak pi shopping. Mall dia banyak, so otometik pilihan pun banyak. Tapi ada satu benda yang aku tak berapa suka ngan AS ni. Panas sangat. Ok, panas gila. Memang la kat Jitra pun panas, tapi kat AS pokok dia tak ramai, dah tu jalan pulak besaq. Jalan tar ni hampa pun tau kan, serap haba. Bila dia besaq, haba yang dia serap tu banyak. Tambah ngan kereta banyak bijik. Dah la jenih hat cahaya melantun balik tu, silau mata aku. Lama-lama boleh rosak mata aku dek penangan kereta-kereta mahai tu. Weh, sat ! Aku bau durian la, mai mana taktau.

Erghh. Sorry hampa, aku tak dapat sambung, bau durian ni buat kepala aku pening. Dah la tadi bau megi, meluat betoi. Nanti aku berletiaq lain, baibai. Si yu neks taim.

* lapaq ketupat + rendang ayam !    Photobucket