20121019

Ada Apa Dengan STPM Sem 1

STPM Penggal 1 tinggal 17 hari ja lagi, tapi aku still macam ni. Facebook, game, facebook, game, blog, Facebook, YouTube, game, Facebook, game, YouTube.Kesedaran tu macam dah ada, tapi ntah, bila aku sedar, baru aku sedar yang sebenarnya aku kurang sedar. Ahh, whatever !

Aku dah ada jadual study, entah sejak bila aku pandai buat jadual untuk study. Daripada UPSR lagi, aku x pernah nak amik serius pasai exam² ni. PMR dengan SPM lagi la, keja nganga ja bila cikgu mengajaq. Kalau x nganga mesti aku tidoq, kalau x nganga ngan tidoq mesti aku buat doodle, kalau bukan tiga² tu, mesti aku tumpukan perhatian kat apa yang cikgu tengah ajaq. Hahahaha.

Ok tak lawak, ini serius. STPM x boleh main², tapi... entah la, susah nak taip. Aku takut, cuak jugak macam orang lain, tapi buku² pelajaran tu aku capai bila aku rasa boring tahap gaban ja. So, harap kamu yang sedang membaca ni, doakan aku berubah, supaya aku capai buku walaupun aku sibuk tahap gaban. ( mengeluh )

Di sini, aku nak doakan jugak, supaya semua calon² STPM Penggal 1 tahun ni yang bakal ambik exam sama dengan aku, akan dapat result yang mampu membuat ibubapa dan keluarga yang lain bangga sehingga kembang pungkur. Hehe. Sorry ayat kotoq sikit. Pengaruh rakan sebaya.

Lebih² lagi buat kawan² SMK Tanjung Pauh yang awesome kuasa dua dulu & kawan² SMK Jitra yang awesome biasa² sekarang. Memang aku sayang kawan² SMK Tanjung Pauh lebih. Sorry aku memang kejam. Hahahahahaha. ( gelak orang jahat ) Good luck ok? Tak lupa jugak buat soulmate aku, si tenggiling yang suka makan semut, study rajin² noh? Jangan keja nak lena ngan makan ja, x padan dengan hang. Dah la sengih sorang² depan pc. Bhahahahaha. Syok boleh kata kat hang.

Dan buat kawan² baik aku, Nadiah, Mieza, Eton, Ros, Akma, Didi, Fafa, Farah, Lishalini, Pakku [ ya, hang kawan baik aku :) ], do ur best, aku doakan kejayaan hampa semua. Doakan aku balik, kalau x, tau la nasib hampa lepas ni. Hahahaha.

Okey, ada task nak buat. Dah lama aku x naik level. Macam mana nak jadi pro. Aku kan gamer MMOG Boomz yang sejati. Bhahahaha, babai.

* tenggiling berguling-guling

20120930

Penjuru Itu

     Kim tidak bersuara lagi. Ryn sudah tidak mahu berbicara dengannya. Kim meninggalkan Ryn dia penjuru itu, bersama kucing-kucing jalanan yang menjadikan penjuru itu sebagai tempat berteduh. Sebaik Kim hilang dari pandangan, air mata Ryn mengalir laju.
     Ryn terduduk di penjuru itu. Seekor kucing bewarna hitam mendekati Ryn. Bulunya lebat dan gebu. Bersaiz sederhana. Matanya berwarna biru. Ryn lihat dalam-dalam mata kucing itu. Begitu juga sebaliknya. Ryn ingin mengatakan sesuatu, namun lidahnya terasa seperti dibekukan, bibirnya terasa seperti dijahit, lalu sesuatu itu terus tersimpan dalam hati kecilnya. Segala kekuatannya sudah diterbangkan angin setelah mendengar kata-kata Kim yang amat menggores hati sekejap tadi.
     Kucing hitam itu duduk di hadapan Ryn, memandang gadis itu tanpa berkelip. Ryn menjadi keliru, lalu cuba memegang kepala kucing tersebut. Sebaik tangan Ryn menyentuh kepala kucing itu, lantas ia bertukar menjadi seorang jejaka yang amat dikenali Ryn. Max.
     Ryn terperanjat. Lantas dia bangun dan cuba melarikan diri namun tangannya disentap keras oleh Max.
" Kenapa kau menangis untuk orang macam tu Ryn? " Ryn terdiam.
     Tidak mampu untuk menjawab soalan Max.
" Aku tak suka tengok kau menangis, hanya kerana perkara remeh macam tu. "
" Kau tak faham Max. "
" Kau yang tak faham diri kau sendiri. Kau tak faham kenapa kau menangis untuk dia. "
     Ryn menagis lagi. Tanpa segan silu di hadapan Max.
" Ryn. "
" Max. Aku tak sanggup lagi. Aku tak boleh tahan dengan semua ni. "
     Esakan Ryn semakin kuat. Pipinya sudah basah dengan air mata. Matanya merah. Max usap perlahan kepala Ryn, sebelah tangannya menggenggam erat tangan Ryn, sebelah lagi mengelap air mata Ryn.
" Aku kan ada. Aku akan sentiasa ada untuk kau Ryn. Selagi aku diberi peluang untuk terus bernafas, aku janji. "
     Ryn memandang dalam mata Max dengan penuh makna tanpa sebarang kata-kata. Dia terkesima.

20120909

Blank

Assalamualaikum dan selamat pagi/tengahari/petang/malam.
Dah lama aku tak post entri baru kan? Hmm, tak kisah la bukan ada orang baca sangat pun. Yang ni pun aku post sebab boring, sebab Pain sampai sekarang tak balik², tak dak kucing yang nak teman aku borak-borak.

Apa aku nak taip hah? Hmm...

Oh, aku dah boleh drive sekarang. Walaupun ramai lagi orang lain yang boleh drive kat Malaysia ni, aku sebagai ahli baru persatuan pemegang-pemegang lesen kereta kat negara ni rasa bangga la jugak kan dengan pencapaian aku ni.

Tiba-tiba teringat subjek MUET. Pasaipa hah? Tak kisah la, tapi aku kurang berminat la dengan cikgu MUET aku tu. Bukan tak suka ok? Just tak berminat. Kalau la aku boleh pilih cikgu MUET aku sendiri, mesti best. Aku nak pilih Mr. Henry Middleton. Oh My English! Tapi yang pastinya, aku takkan pilih mak aku sendiri. Hahaha!

Hmm. Aku rindu kawan lama, sekolah lama, cikgu lama, semuanya lama. Tu la orang cakap, zaman sekolah la yang paling kita akan rindu. Jadi, sila buli kawan anda sebelum terlambat. Hahaha. ( ok part ni tak lawak )

Aku takdak mood dah, bye. Photobucket

20120803

Chop & The Gang Part 1

12:42a.m.

Diam-diam Chop keluar dari ruang gelap itu. Dia melangkah dengan berhati-hati, risau jika ibunya terjaga. Sebaik Chop berjaya menyusup keluar dari ruang itu, pantas dia berlari menuju ke tempat biasa dia dan rakan-rakannya melepak - sebuah bilik kosong di bangunan itu yang ditutup kerana ia tidak digunakan pada masa itu.

" Apa kes lambat bro. Dah lama kami tunggu hang. " marah Tam.

" Chill la, aku lambat 13 minit ja pun. Mak aku suruh picit kaki dia tadi. So macam mana plan kita, jadi x? " ujar Chop.

" Awat pulak yang tak jadi, jom ar. " balas Tam.

Mereka berjalan menuju ke tujuh-sebelas yang terletak di seberang jalan kerana basikal Chop kepancitan tayar. Basikal rakan-rakannya yang lain pula kejatuhan rantai.

" Penat kot jalan jauh-jauh tengah malam macam ni. Malang sungguh nasib kita. " kata Chop.

" Ustazah aku kata, orang yang nak buat jahat selalunya jadi lagu ni la. " balas seorang daripada mereka.

" Woi, kasaq kot bahasa hang. Kalau hang tak mau join, hang boleh pi balik. " marah Tam.

" Dah dah, toksah bertekak. Penat aku dengaq. " kata Chop.

Ting tong. Loceng berbunyi sebaik mereka memasuki tujuh-sebelas.

" Tam, hang pi cari yang paling ohsem punya. Biaq padan muka budak tu. Lagisatu, cari ayaq Meelo sat kat aku, penat jalan jauh-jauh. " ujar Chop.

" Minum HandredPlas la, baru hilang penat. Tudia la dulu waktu kelas Bio hang duk pi main ikan dalam parit. Isotonik hang tau dak isotonik ! " leter Tam.

" Yalah yalah ! Ambik ja la apa pun. " bentak Chop.

Setelah mendapatkan barangan yang diperlukan, mereka berjalan pulang beramai-ramai dan terus menuju ke salah satu bilik gelap yang terdapat di bangunan itu. Mereka nampaknya sudah mempunyai sasaran mereka sendiri.

" Mana barang tu? " tanya Chop.

" Ni haa, terbaik punya! Hahahaha! " gelak Tam.

" Toksah duk gelak macam pontianak sangat la, dah la gigi taring. Hahaha." sindir Chop.

" Ceh, hang pun sama, duk kata kat aku. " Tam bebal.

Mereka berdua memenuhkan permukaan tersebut dengan cecair yang dibeli di tujuh-sebelas tadi manakala rakan-rakan lain mengcover line takut-takut jika pak guard bermisai kontot bermata bulat datang menerjah.

" Hahaha! Puas hati aku. Biaq budak tu tau, langit tinggi ka rendah! " gelak Chop sambil aura kejahatan membara di sekelilingnya. Tam turut ketawa sehingga tersedak namun semakin hilang setelah Chop menepuk-nepuk belakang badannya.

Setelah itu, mereka pulang ke ruang gelap masing-masing.


* bersambung ~

20120727

Aloq Setaq

Assalamualaikum & salam 1Bumi.

Izinkan aku berpot-pet pot-pet di sini kerana aku tersangatlah bosan dan bengang sebab bau orang masak megi time orang lain duk posa ni. Ok, silap. Bau megi, bukan bau orang yang masak megi.
Urghh ! Abaikan..!

Tadi aku pi Aloq Setaq (AS), beli baju raya. Aku terbeli 2 pasang. Kesian kat mak aku kena keluaq duit, tapi kesian lagi aku sebab lupa nak beli tudung sekali. So OTW balik tadi, mak aku cuba memujuk aku. Mak aku cakap : " Alah, beli tudung kat market ja, pasar malam pun ok jugak, murah." sambil buat muka slumber. Aku redha namun dalam hati kucing mana yang tahu.

Tapi tadi, kat Pacific, ada sorang budak ni sikit punya baik duk tayang CoolBlog dia kat aku. Dah la tak posa, duk menayang pulak, tambah ngan muka inesen dia lagi. Kalau aku ni jenis otak tak betoi memang dah lama aku amik CoolBlog tu buang dalam tong sampah. Ehh, takleh-takleh, rugi pulak. Mungkin aku patut bagi kat kaunter CoolBlog tu & amik duit budak tu balik.

AS ni memang syok kalau nak pi shopping. Mall dia banyak, so otometik pilihan pun banyak. Tapi ada satu benda yang aku tak berapa suka ngan AS ni. Panas sangat. Ok, panas gila. Memang la kat Jitra pun panas, tapi kat AS pokok dia tak ramai, dah tu jalan pulak besaq. Jalan tar ni hampa pun tau kan, serap haba. Bila dia besaq, haba yang dia serap tu banyak. Tambah ngan kereta banyak bijik. Dah la jenih hat cahaya melantun balik tu, silau mata aku. Lama-lama boleh rosak mata aku dek penangan kereta-kereta mahai tu. Weh, sat ! Aku bau durian la, mai mana taktau.

Erghh. Sorry hampa, aku tak dapat sambung, bau durian ni buat kepala aku pening. Dah la tadi bau megi, meluat betoi. Nanti aku berletiaq lain, baibai. Si yu neks taim.

* lapaq ketupat + rendang ayam !    Photobucket