20120301

SMS Berantai

Aku stalk FB orang yang penah aku minat waktu Form 3.
Aku ternampak handphone atas katil.
Aku ambik.
Aku unlock keypad.
Ada 3 SMS.
Aku bukak SMS.
3 orang yang berlainan.
3 SMS yang sama.

Ya Allah, Kau berikanlah dia keputusan yang terbaik untuk SPM 2011 pada 22.03.2012.. Sesungguhnya Engkau Maha Pemurah. Setidak-tidaknya Kau berikanlah dia apa yang diingini & mampu membuat kedua-dua ibu bapanya tersenyum ya Allah dan janganlah Kau berikan kegagalan.
Sebarkan mesej ini kepada 10 orang rakan. Jangan menyesal sekiranya awak gagal dalam exam coz awak tak foward mesej ni pada orang lain supaya awak juga didoakan oleh mereka.

Jangan menyesal sekiranya awak gagal dalam exam coz awak tak foward mesej ni.

Aku bengang. Aku tak salahkan member aku. Aku tau ramai member aku masih tak tau yang semua tu cuma propaganda syarikat telekomunikasi nak kaut untung. Benda yang baik dan buruk tu semua Qada' dan Qadar dari Allah kan? Kalau aku gagal pun tu takdir la jebon. Kalau mesej tu stop sebelum ayat Sebarkan mesej... tu mungkin aku boleh terima lagi. Ni apa kes main gagal-gagal? Aku tak paham. Tak logik kot. Contoh:

Orang yang baca mesej tu:
- Tak ada kredit sampai result SPM keluar
- Phone hilang lepas dia topup utk forwardkan SMS tu
- Tiba-tiba jatuh Fixie then koma sebulan
- Terbaca kat inbox member time nak curi no. awek dan dia tak ada phone
- Seorang loner yang tak ada member langsung melainkan katak utk diforwardkan mesej tu

Insan-insan kat atas ni semua akan gagal SPM. Hahaha. Padan muka. Nasib hang!

Macam tu? So, logik atau tak logik? Jawapan di otak anda.

* Hukum SMS berantai? Klik sini. Crazy Emoticons

6 comments:

  1. HUkum menyebarkan sms berantai adalah syirik. Ia jelas merosakkan akidah

    ReplyDelete
  2. hehe.,sy pun dpt mesej ni jgk dr mmber.,

    ReplyDelete
  3. apa plak cmtu? ~_~
    memang xkan layan kalau ada sms cmni.. buang masa je baca.. huhu

    ReplyDelete
  4. shameel Iskandar - tu la, syirik semua tu.. boleh terpesong..
    AzRi AtHiRaH - jangan forward..propaganda semua tu! hehe..
    FatinFirdaus - tu la psal.. tak logik langsung..

    ReplyDelete
  5. a'ah skrg mmg bnyk msj macam ni.sy pn geram kadang.

    ReplyDelete