20120228

Hanya Isma

Line Maxis dan Celcom berperang dingin pagi tadi. Kawan aku - pengguna Celcom tak dapat mesej daripada aku - pengguna Maxis yang cool. Aku rasa ni angkara Digi yang batu api. Ok abaikan semua ni.

Aku dan Ida di atas motor masa tu apabila tiba-tiba muncul sebuah lori dengan seorang pak cik tua yang bajet hensem mengenyit mata kepada kami. Aku dan Ida cuba menahan isi perut daripada terkeluar tetapi malangnya kami berjaya. Ok abaikan.

Kami masuk ke dalam bangunan yang aku tak pasti berapa tingkat itu. Yang aku pasti hanyalah namanya iaitu Wisma Persekutuan. Aku bercadang untuk memanggilnya Isma sebagai nama gelaran. Nama yang sangat cun. Terdapat gerai menjual baju kurung dan tudung di dalam Isma. Aku bingung. Abaikan.

Ida menekan punat yang bertanda A dan mesin itu mengeluarkan sehelai kertas. Nombor giliran aku. Terdapat banyak kerusi kosong di situ. Aku bercadang untuk bergolek-golek di situ malangnya terdapat seorang pak guard Isma yang sedang mengusha kami. Aku terpaksa batalkan niat suci murni aku itu. Abaikan sekali lagi.

Perut lapar. Kami berjalan menuju ke kafeteria Isma. Terdapat banyak makanan yang membantutkan selera aku. Akhirnya aku dan Ida memilih untuk memakan mi goreng sahaja. Tambah sebiji telur goreng dan air horlick ais buat aku. Setelah kenyang, kami pulang. Habis. Abaikan.

" Wey, hang perasan dak? "

" Apa? "

" Yang kita guna ni bukan pinggan, ni piring la. Untuk isi kuih tu. "

" Abaikan. "

" Buat malu kat orang ja. Aku tak perasan pun ada pinggan tadi. "

" Ni demi kebaikan pemilik kafeteria ni jugak. Piring tak guna banyak air kalau nak basuh. Jimat. "

" ... "

* Lesen kereta pulak.Crazy Emoticons

3 comments:

  1. haha baik hati timbang rasa kt org kafe.
    padahal..hahaha

    ReplyDelete
  2. nak komen..tapi..
    okey abaikan..hahaha

    ReplyDelete
  3. syafiqakarim - betul la..jimat sabun..hehe
    Legacy Eqmal - nak reply..tapi.. abaikan~ haha

    ReplyDelete