20120217

outing !

Oh hai. Aku tengah menaip ka?
Oh ok2. Sori tengah makan NIPS ni.
(letak NIPS kat tepi)

Pagi rabu haritu aku ajak Nad ngn KT p joging kat tasik. Ok x joging pun cuma jalan keliling tasik tu sambil mengorek sejarah kegemilangan kami kat sekolah dulu. Tapi kami berpeluh jugak, tak tipu. Tengah2 sembang, tiba2 keluar idea nak singgah sekolah lepas joging, n Nad n KT pun setuju ja.

Kami singgah sekolah, jumpa cikgu apa semua pastu naik pusat sumber sebab nak amik majalah sekolah( aku rsa gambar kelas aku paling lawa berbanding kelas2 lain,hehe).. Pastu keluar lagi satu idea - nak keluar petang tu, lepak santai kat mana2 dengan kawan2 yg lain.. Oleh sebab kawan aku yg 2 orang tu takda kredit, aku terpaksa menggunakan khidmat pesanan ringkas untuk ajak kawan2 aku yg lain untuk join kami. Tu pun lepas tebus mata ganjaran baru aku dapat hantar khidmat pesanan ringkas tu..=="

Pukul 3.15 aku sampai umah Nad, pastu kami singgah gerai Eton dan dia sedang berniaga dengan sangat sibuk sekali. Haha! OK aku tipu, dia duk relax ja. Kami sembang2 pastu aku dapat SMS daripada Ros yang dia tengah OTW ke Aneka. So aku Nad n KT berambus dari gerai Eton dengan segera n meninggalkan Eton dengan asap motor.

Sampai ke destinasi, KT menjalankan tugas menjemput Mieza di Kepala Batas, sementara aku n Nad masuk dalam Aneka n naik tingkat atas. Kami lepak kat tempat yg agak bising n tiba2 aku n Nad nak ke toilet. OTW ke toilet aku nampak Ros n Kema. Ya, Nad x nampak sebab dia rabun. Ok pastu Mieza n KT sampai seterusnya Fatin yang dijemput pada last minute. Aku tak ingat siapa yang timbulkan idea nak karok, tapi nampaknya idea tu diterima oleh semua pihak dan kami menggegarkan bilik karok yang bernombor 12 di mall itu.

Ok 15 minit pertama kami tak tau camna nak control benda alah yang ada list lagu tu. So masa n wang tersia2(nasib baik bukan duit aku..wakakaka). Idea siapa taktau yang memutuskan nak sambung lagi setengah jam, diterima semua pihak dengan syarat Fatin belanja. Haha. Sorry Fatin. Tapi hang memang kawan yang best. Ok KT n Fatin ke kaunter untuk menambah masa n mintak tunjuk ajar pekerja kat situ. Setelah kami cekap, kami berkarok sehingga masa habis -lagu last lagu Hujan. Wakakaka.

Lepas minum2, kami semua balik ke sarang masing2. Memang puas boleh jumpa kawan walaupun bukan satu kelas. Dah sampai rumah pun aku masih teringat abang hensem pekerja yang ajar aku guna benda alah tu..ngeh2.. K bai.

* Nak sambung makan NIPS.. Eh, dah habis? Kurang ajaq hang curi2 makan NIPS aku kan?!

2 comments: